Anda di sini

Dua kanak-kanak maut dilanggar depan sekolah 

Advertisement
Ibu bapa kedua-dua mangsa tidak dapat mengawal perasaan mereka ketika melihat mayat kedua-dua anak perempuan mereka.
Ahli keluarga idak dapat mengawal perasaan mereka ketika melihat mayat kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut.

MIRI: Dua bersaudara maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan berhampiran sebuah sekolah rendah di Jalan Bakong-Lapok di Baram, dekat sini, hari ini.

Kanak-kanak Penan dari Long Lutin, Baram iaitu Carin Tigan, 10 dan anak saudaranya Monica Ubong, 3, itu dikatakan sedang melintas jalan apabila kejadian sekitar 10.35 pagi itu berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua mangsa yang dilanggar oleh oleh pacuan empat roda yang datang dari arah Bakong, menuju ke pekan Lapok mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kecederaan dalaman.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Klinik Beluru dan disahkan meniggal dunia akibat cedera parah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Difahamkan, pemandu, 28 tidak mengalami kecederaan. 

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 

  • oleh
  • Advertisement