Anda di sini

Cougars ungguli kategori wanita pertandingan bola jaring HSN

Advertisement
 Pasukan Cougars menerima wang tunai dan medal selepas muncul juara Pertandingan Bola Jaring HSN 2018 malam kelmarin.
TERBAIK: Pasukan Cougars menerima wang tunai dan medal selepas muncul juara Pertandingan Bola Jaring HSN 2018 malam kelmarin.

MIRI: Pasukan Cougars muncul juara keseluruhan kategori wanita Pertandingan Bola Jaring sempena Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Miri malam kelmarin.

Cougars menewaskan pasukan Phoenix pada perlawanan akhir sekali gus ditabalkan sebagai juara.

Pertandingan itu menyaksikan penyertaan 24 pasukan dengan membabitkan dua kategori masing-masing iaitu wanita dan campuran.

Ia diadakan dua hari pada 13 dan 14 Oktober di Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Josephians dan Mandak Borneo.

Bagi kategori campuran, juara milik Joegers sementara Phoenix Mix selaku naib juara manakala IKBN (ketiga) dan CYCLONE (keempat).

Semua pemenang kedua-dua kategori menerima wang tunai dan medal HSN 2018.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi pengelola Mohd Azra berkata  penganjuran kali ini mendapat sambutan menggalakkan kalangan belia dari Miri dan Sibuti.

Beliau juga berterima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri  memberi peluang sekali lagi menganjur pertandingan ini.

Selain itu, Mohd Azra turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Awah Alifa & Fox Sport merupakan rakan penaja pertandingan ini.

“Penghargaan juga diberikan kepada Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni sentiasa menyokong program pembangunan sukan belia di kawasan Miri dan Sibuti,” katanya.

Advertisement