Anda di sini

Bencana sudah bermula

Advertisement
 Keadaan banjir kilat hampir menenggelamkan dua rumah petang kelmarin.
HAMPIR TENGGELAM: Keadaan banjir kilat hampir menenggelamkan dua rumah petang kelmarin.

SRI AMAN: Dua keluarga dari Rumah Dery dan Rumah Saran di Kampung Panggil di sini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara terdekat setelah rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat turun sejak awal pagi kelmarin.

Satu daripada keluarga terbabit mempunyai lapan ahli keluarga manakala satu lagi dari Rumah Saran dihuni 10 ahli keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu oleh orang awam.

Bertindak atas maklumat, anggotanya bergegas ke lokasi bagi membantu memindahkan mangsa ke tempat lebih selamat.

Menurut Siti, banjir kilat itu berlaku berikutan hujan lebat berlarutan sejak awal pagi hingga lewat petang.

 Anggota APM  Sri Aman menghulurkan bantuan menyelamatkan mangsa.
MENYELAMAT: Anggota APM Sri Aman menghulurkan bantuan menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, masalah banjir kilat itu berpunca daripada sistem perparitan tidak diselenggara menyebabkan air sungai melimpah ke rumah terbabit.

Sementara itu, enam pintu rumah serta seramai 24 ahli keluarga di Rumah Brayan, Kampung Panggil turut terlibat kejadian tanah runtuh lewat petang kelmarin.

Penduduk rumah panjang itu memberitahu, kejadian tanah runtuh berlaku berikutan hujan lebat sejak awal pagi kelmarin sehingga ke lewat petang semalam.

Penduduk terbabit berkata, jarak tanah susur dianggarkan satu kaki dari bahagian dapur rumah.

Namun, tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda berikutan kejadian itu.

Selain APM Sri Aman, beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bergegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kecemasan.

  • oleh
  • Advertisement