
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kekal sebagai Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) untuk penggal 2018 sehingga 2021.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian menang tanpa bertanding pada Persidangan Perwakilan Tritahunan Upko ke-15 di sini hari ini.
Timbalan Presiden Upko pula kini disandang oleh Datuk Donald Peter Mojuntin. Manakala Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick memegang jawatan sebagai Naib Presiden.
Empat lain jawatan Naib Presiden disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah, Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir dan Senator Datuk Dr.Lukas Umbul.

Ketua Pemuda Pusat Upko yang baharu adalah Felix Joseph Saang dan Timbalannya ialah Kennedy John, sementara Petrus Mojuntin menang sebagai Naib Ketua Pemuda Upko.
Ketua Wanita Pusat Upko disandang oleh Datin Juliana Jani, manakala Timbalannya ialah Nazlin Jemandan.
Ketua Komulakan Upko kini disandang oleh Willy Frous Darinsok, dibantu oleh Timbalannya Selvestone Junit dan Naib Ketua Komulakan Mohd Affi Bazli liman.
Kesemua pemilihan calon yang dipilih dalam persidangan itu adalah menang tanpa bertanding.

Sementara itu seramai 16 Ahli Majlis Tertinggi dipilih, antaranya ialah Mimang Pornama, Carl Moosom, Japari Kunin, Kennedy J Angian, Dr Peter Jr Naintin, Datuk Johnny Intang, Dennison R Indang, Joisin Romut, Padis Majingkin, Lawrence Odong, Basari Sarkun, Akuang Suan, Condrad Wong, Stephen Jimbangan, Sylvester Taing, dan Raymond Jury.