Anda di sini

Air Pancut Berirama Darul Hana ikon baharu pelancongan Sarawak

Advertisement
Tarikan terbaharu pelancongan negeri - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Air Pancut Berirama Darul Hana yang akan dipasangkan dua sesi setiap malam dalam tempoh 15 minit, dari 8.30 dan 10.30. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Air Pancut Berirama Darul Hana yang akan dipasangkan dua sesi setiap malam dalam tempoh 15 minit, dari 8.30 dan 10.30. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Keunikan Tebingan Kuching sebagai ikon pelancongan kini diwarnai lagi dengan Air Pancut Berirama Darul Hana, yang dibina di hadapan tebingan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tarikan pelancongan baharu ini dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada malam ini, bersempena dengan sambutan hari lahir ke-82 beliau.

Hadir sama isteri Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta kenamaan lain.

Diilhamkan oleh Abang Johari, Air Pancut Berirama Darul Hana yang akan dipasangkan dua sesi setiap malam dalam tempoh 15 minit dari 8.30 dan 10.30, beroperasi menggunakan teknologi terkini di atas pontun selebar 100 meter.

Di atas pontun pula, disusun dengan beratus muncung yang berupaya memancutkan air setinggi 25 meter dari Sungai Sarawak.

Taib menyempurnakan simbolik perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana.
Taib (empat kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang mana dinding air berketinggian 9 meter dan 80 meter panjang akan berfungsi sebagai latar belakang pancutan air.

Tarikan air di bahagian dinding direka bersama jubin khas akan memberi sentuhan semula jadi terhadap Air Pancut Berirama Darul Hana.

Dalam pada itu, Air Pancut Berirama Darul Hana juga mampu bergerak mengikut irama lagu yang dipadankan dengan kesan bunyi khas dan sistem pencahayaan yang penuh berwarna warni, mengikut kesesuaian majlis atau acara di masa akan datang.

Dengan keunikan ini, ditambah lagi dengan hiasan landskap yang cantik dan menarik, Air Pancut Berirama Darul Hana pasti akan lebih terserlah dan menjadi satu lagi mercu tanda menarik di bandar raya Kuching yang bakal memukau para pengunjung.

Tebingan Kuching juga memiliki tarikan pelancongan seperti Kubu Magherita, Square Tower, Astana Negeri, bangunan DUN dan Jambatan Darul Hana yang tersergam indah dengan penuh estetika dan warna warni.

Tarikan pelancongan baharu ini dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada malam ini, bersempena dengan sambutan hari lahir ke-82 beliau. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Diilhamkan oleh Abang Johari, Air Pancut Berirama Darul Hana beroperasi menggunakan teknologi terkini yang di atas pontun selebar 100 meter. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
  • oleh
  • Advertisement