Anda di sini

Permuafakatan dalam kepimpinan Upko penting mantapkan pentadbiran Sabah

Advertisement
SHAFIE (dua kiri) tiba dipersidangan itu sambil diiringi Madius.
SHAFIE (dua kiri) tiba dipersidangan itu sambil diiringi Madius.

KOTA KINABALU: Permuafakatan di antara pemimpin Upko dilihat mampu memantapkan lagi parti itu sebagai rakan kerjasama dalam pentadbiran bukan sahaja di Sabah tetapi Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha kerjasama itu dilihat satu pendekatan terbaik tetapi ianya perlu mempunyai nilai ketelusan dan ikhlas bagi membolehkan suara rakyat direalisasikan.

"Saya yakin dengan kerjasama ini, beberapa perkara termasuk Perjanjian Malaysia 1963 dapat direalisasikan seperti mana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nyatakan sebelum ini.

"Kita utarakan perkara yang ianya dapat kita seragamkan supaya suara yang dekat di hati Sarawak dan Sabah boleh disuarakan," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Perwakilan Tritahunan Upko ke-15, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai contohnya Sarawak tidak berhadapan dengan banyak masalah mengenai Pendatang Tanpa Izin (PTI), Sabah sebaliknya ada dan perkara itu perlu diatasi sebaik mungkin dengan Kerajaan Pusat.

Katanya, MA63 yang berkaitan dengan hak-hak tuntutan Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian itu perlu didengar serta dihormati seterusnya direalisasikan.

"Saya yakin dengan ada input dari Upko ini ianya akan mematangkan lagi dari segi pembentangan dalam perundingan bersama Kerajaan Pusat nanti.

"Apa yang dilakukan ini adalah berteraskan landasan permuafakatan dan rundingan dilakukan secara baik dengan Kerajaan Pusat agar dapat  penuhi apa yang dikehendaki rakyat Malaysia di Sabah," katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pemangku Presiden Upko merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, mantan Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok serta barisan kepimpinan Upko yang lain.

  • oleh
  • Advertisement