Anda di sini

Raptai perarakan Perayaan Ulang Tahun TYT berjalan lancar

SIBU: Sesi raptai penuh sempena acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-82 Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berjalan lancar walaupun dalam hujan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E- Dagang Dato Sri Wong Soon Koh menyaksikan sesi raptai tersebut yang diadakan di Dataran Bandar Sibu.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab kepada sambutan kali ini turut ditemani Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh bagi meninjau persiapan terakhir menjelang majlis sambutan pada Sabtu ini.

Pada tahun ini, sebanyak 122 kontijen mengambil bahagian dalam perarakan yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Acara perarakan sempena sambutan itu pada Sabtu ini dijadual bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan Taib bersama isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib di Dataran Sibu.

Tun Pehin Sri Taib akan disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  bersama tetamu kehormat lain.

Ketibaan Tun Pehin Sri Taib dan isteri akan diiringi dengan 17 das tembakan.

Ini diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan persembahan selamat datang serta majlis doa seterusnya, pemeriksaan perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian oleh Yang di-Pertua Negeri.

Tiga helikopter Nuri juga akan melakukan penerbangan lintas hormat membawa bersama bendera negara dan juga negeri. 

Ini diikuti dengan perarakan oleh kontinjen dan ucapan oleh Ketua Menteri serta majlis memotong kek hari jadi.

Gambar-gambar semasa raptai.

__alt__