Anda di sini

PERKEPIS pilih SK Samariang laksana 3S

Advertisement
 Fasilitator program 3S menunjukkan sijil penghargaan mereka sambil merakamkan gambar kenangan bersama Muhamamd Zhariff dan Zapar.
SIJIL PENGHARGAAN: Fasilitator program 3S menunjukkan sijil penghargaan mereka sambil merakamkan gambar kenangan bersama Muhamamd Zhariff dan Zapar.

PERSATUAN Kebajikan Pelajar Islam (PERKEPIS) memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Samariang untuk melaksanakan program ‘Super Smart Students’ (3S) pada 2 Oktober lalu.

Seramai 130 pelajar tahun enam  menyertai program itu yang dianjurkan buat julung kalinya di sekolah tersebut.

Objektif penganjuran program adalah untuk mendidik dan menerapkan unsur Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar selain mempersiapkan mereka menghadapi alam persekolahan di sekolah menengah.

Tujuan lain pula adalah untuk membentuk jati diri serta mencungkil bakat dan kepemimpinan para pelajar.

 Sebahagian pelajar yang mengikuti program 3S anjuran PERKEPIS di SK Samariang pada 2 Oktober lalu.
TIMBA ILMU: Sebahagian pelajar yang mengikuti program 3S anjuran PERKEPIS di SK Samariang pada 2 Oktober lalu.

Pelbagai aktiviti disediakan pada prorgam itu temasuk ceramah motivasi, ceramah ‘Suka Sains-Teknologi’ dan acara ‘team building’ bagi meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan antara mereka.

Manakala, acara kemuncaknya adalah melibatkan cabaran membina menara model tangki air menggunakan lidi sate sebanyak 300 batang.

Menara ciptaan mereka itu kemudiannya akan diuji kekuatan dan kemampuannya menampung air seberat lima meter.

Hadir sama memeriahkan program tersebut ialah Yang Dipertua PERKEPIS, Muhammad Zhariff Azhari dan Guru Besar SK Samariang, Zapar Lepak.

Advertisement