Anda di sini

Letupan di loji penapisan minyak Bosnia bunuh seorang, sembilan cedera

Advertisement
 Asap kelihatan selepas letupan berlaku di loji penapisan minyak di Brod, Bosnia pada lewat kelmarin. — Gambar Reuters
LETUPAN BESAR: Asap kelihatan selepas letupan berlaku di loji penapisan minyak di Brod, Bosnia pada lewat kelmarin. — Gambar Reuters

SARAJEVO: Satu letupan di sebuah loji penapisan minyak milik Rusia di Bosnia mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan sembilan lagi, kata polis semalam.

Punca letupan di loji pena-pisan minyak tunggal di Bosnia di bandar utara Brod lewat kelmarin, yang mencetuskan kebakaran, masih belum diketahui, kata seorang jurucakap polis.

“Seorang individu terbunuh dan sembilan lagi ce-dera,” kata jurucakap Dragana Kekez kepada AFP.

“Enam mangsa cedera dimasukkan ke hospital tetapi nyawa mereka tidak dalam bahaya,” ujarnya.

Ketua pusat kesihatan tempatan Zoran Predojevic berkata malam kelmarin bahawa lapan pekerja mengalami kecederaan ringan.

Syarikat minyak kerajaan Rusia, Zarubezneft, memegang saham majoriti dalam loji penapisan Brod yang mempunyai kira-kira 900 pekerja.

Ia dapat menangani sebanyak 1.2 juta tan minyak mentah setahun. — AFP

Advertisement