Anda di sini

Diikat dan disamun, lima sekeluarga berhadapan detik cemas

Advertisement
 

KUCHING: Lima sekeluarga berhadapan detik getir dan cemas apabila tiga lelaki bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka untuk merompak pada kira-kira pukul 4.00 pagi hari ini.

Keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan tiga anak mereka diikat menggunakan wayar dan kain tuala dalam satu insiden di Kampung Riih Mawang, Serian dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata perompak tersebut melarikan sebuah kereta, wang tunai RM400.00, empat telefon bimbit dan dua tabung syiling.

Beliau dalam satu kenyataan turut memberitahu rumah itu juga merupakan sebuah kedai makan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha menjejaki kesemua suspek sedang giat dijalankan,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement