Anda di sini

China ‘mencabar dengan serius’ keamanan Taiwan: Tsai

Advertisement
 Tsai (tengah) berucap sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Taiwan di hadapan Istana Presiden di Taipei semalam. — Gambar AFP
UCAPAN SERIUS: Tsai (tengah) berucap sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Taiwan di hadapan Istana Presiden di Taipei semalam. — Gambar AFP

TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen semalam menuduh China “mencabar dengan serius” keamanan dan kestabilan, dan menyifatkan pulau yang dia pimpin sebagai barisan hadapan dalam ketegangan yang berlaku di rantau Pasifik.

Ia dibuat ketika Beijing melancarkan serangan pelbagai serampang ke atas sebarang tuntutan kepada kedaulatan oleh Taiwan yang demokratik dan memerintah diri sendiri, dan dilihat oleh China sebagai sebahagian daripada negaranya yang perlu disatukan semula, de-            ngan menggunakan kekera-san jika perlu.

Perhubungan antara Beijing dan Taipei merosot sejak Tsai memegang kuasa dua tahun lalu kerana dia enggan menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada “satu China”.

“Memandangkan Taiwan adalah barisan hadapan di rantau Pasifik Barat, kami sudah tentulah tertakluk kepada tekanan yang amat kuat,” kata Tsai dalam satu ucapan yang disiarkan oleh televisyen sempena Hari Kebangsaan Taiwan.

“Paksaan tentera dan sera-ngan diplomatik sehala oleh China bukan sahaja menjejaskan perhubungan antara selat. Mereka juga mencabar dengan serius ‘status quo’ keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan,” ujarnya.

Taiwan menganggap diri sebagai sebuah negara berdaulat dan mempunyai sistem politik, badan kehakiman dan mata wang yang bebas, tetapi tidak pernah mengisytiharkan pemisahan secara rasmi, walaupun diperintah secara berasingan sejak 1949.

China baru-baru ini mempertingkatkan latihan ketenteraan di sekitar pulau itu dan menjalankan usaha bersepadu untuk mencuri sekutu rasmi Taiwan yang semakin berkurangan – ha-nya 17 negara sahaja masih mengiktiraf pulau itu secara diplomatik selepas lima negara mengubah pendirian dan menyokong China sejak Tsai memegang kuasa.

Beijing juga berjaya meletakkan tekanan ke atas perniagaan antarabangsa untuk menyenaraikan Taiwan sebagai sebahagian daripada China dalam laman sesawang mereka dan memastikan Taiwan disisihkan dari forum global.

Tsai menyeru kepada pihak berkuasa di Beijing untuk “memainkan peranan positif di rantau ini dan di dunia, dan bukannya menjadi punca konflik”.

Beliau berjanji untuk tidak memburukkan lagi ketega-ngan tetapi turut berkata Taiwan akan berusaha untuk mengukuhkan keselamatan negara dan hubungan diplomatik, untuk mewujudkan “kepentingan strategik yang tidak dapat diganti”.

“Saya tidak akan dihasut untuk mengadakan konfrontasi atau konflik yang membahayakan hubungan antara selat, dan saya juga tidak akan menyimpang daripada kehendak rakyat, dan mengorbankan kedaulatan Taiwan,” kata Tsai.

“Satu strategi tindak balas yang berkesan mesti didasari kekuatan kebangsaan,” tambahnya.

Hubungan yang semakin buruk dengan Beijing dan dasar reformasi domestik yang tidak popular memberikan tekanan kepada kerajaan Tsai menjelang pilihan raya tempatan yang penting pada bulan depan.

Tsai memberi amaran dalam ucapannya bahawa sesiapa yang campur tangan dalam proses pilihan raya akan “menanggung akibat yang serius”.

Dia menuduh Beijing menyebar “maklumat palsu” untuk mengurangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan menjelang pilihan raya. — AFP

Advertisement