Anda di sini

Bangun keupayaan kejuruteraan sertai industri minyak dan gas

Advertisement
 Masing (tengah), Zakaria (empat kanan), Kho (empat kiri) serta tetamu kehormat lain melakukan simbolik Majlis ‘Sail Away of Topside D28 Phase 1’, Oceanmight Sdn Bhd di KKB Engineering Berhad (Limbungan Minyak dan Gas), Jalan Bako dekat Kuching semalam.
SIMBOLIK: Masing (tengah), Zakaria (empat kanan), Kho (empat kiri) serta tetamu kehormat lain melakukan simbolik Majlis ‘Sail Away of Topside D28 Phase 1’, Oceanmight Sdn Bhd di KKB Engineering Berhad (Limbungan Minyak dan Gas), Jalan Bako dekat Kuching semalam.

KUCHING: Sarawak sedang dalam usaha membangunkan keupayaan kejuruteraan menggunakan Big Data untuk menyertai industri minyak dan gas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata untuk itu, Kerajaan Sarawak akan menghantar pelajar untuk memperoleh ilmu dalam bidang teknologi digital.

“Sekarang kita perlu menghantar pelajar kita untuk belajar dalam bidang yang berkaitan dengan sains data dan inilah yang kerajaan ne-geri melalui Yayasan Sarawak sedang usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing sempena Majlis ‘Sail Away of Topside D28 Phase 1’, Oceanmight Sdn Bhd di KKB Engineering Berhad (Limbungan Minyak dan Gas), Jalan Bako dekat sini semalam.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni, Ketua Pegawai Eksekutif KKB Engineering Berhad Datuk Kho Kak Beng dan Naib Presiden (Pemberian Projek dan Teknologi) Zakaria Kasah.

Menurut Abang Johari, Big Data kini digunakan oleh industri minyak dan gas dunia kerana ia lebih memudahkan pencarian minyak berbanding sebelum ini yang menggunakan pengorekan lubang sedalam ribuan meter.

Sementara itu, Abang Johari berkata selain tuntutan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus, Kerajaan Sarawak juga mahu terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.

Jelasnya dengan cara itu, Sarawak dapat membangunkan kepakaran kejuruteraan dalam industri berkenaan, sekali gus memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Mana tahu suatu hari nanti Petros meneroka ke pantai Sarawak seperti Petronas,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari berkata isu yang mengheret Sarawak dan Petronas ke mahkamah sebelum ini bukanlah cubaan Kerajaan Sarawak untuk mengabaikan syarikat minyak negara itu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ia adalah untuk menegakkan hak dan memastikan Sarawak sebagai pemilik sumber yang sah turut memperoleh keuntungan daripada industri tersebut demi pembangunan Sarawak.

“Petronas telah menunjukkan kesanggupan untuk berbincang dengan kami dan saya serahkan kepada Petros dan Petronas untuk berunding secara profesional,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement