Anda di sini

11 atlet memanah hadiri TIDP di Sibu

Advertisement
 William (lima kiri) bersama yang lain merakamkan gambar kenangan selepas program berkenaan berakhir.
TERBAIK: William (lima kiri) bersama yang lain merakamkan gambar kenangan selepas program berkenaan berakhir.

SIBU: Seramai 11 atlet muda sukan memanah dari seluruh negeri menghadiri Program Pembangunan Pengiktirafan Bakat (TIDP) selama empat hari di sini, kelmarin.

Ketua Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu William Anut berkata, sepanjang program tersebut peserta diuji berdasarkan kemahiran memanah, kecergasan fizikal dan kecerdasan keseluruhan.

Beliau berkata. mereka adalah atlet memanah berusia 12 tahun terbaik yang dipilih dari seluruh negeri.

“Hasil prestasi mereka sepanjang program ini akan dihantar ke Unit Pendidikan Kementerian Sukan untuk pemeriksaan akhir.

“Calon-calon yang berjaya akan disenarai pendek dan dihantar Sekolah Sukan untuk latihan dan bimbingan lanjut,” katanya.

William berkata, TIDP adalah program berterusan yang memberi tumpuan kepada sukan teras lain seperti akuatik, olahraga, bola sepak dan hoki.

Program ini dikendalikan Ketua Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Tajuddin Abdullah.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Persatuan Memanah Bahagian Sibu Eric Tiong dan pengurus Pusat Memanah Desmond Desmond Wong.

Advertisement