Anda di sini

APMM tahan dua bot nelayan tempatan dalam operasi khas

Advertisement
ANGGOTA APMM menunjukkan hasil tangkapan di dalam bot nelayan tempatan yang ditahan pasukan penguatkuasa APMM dalam Ops Khas.
ANGGOTA APMM menunjukkan hasil tangkapan di dalam bot nelayan tempatan yang ditahan pasukan penguatkuasa APMM dalam Ops Khas.

KOTA KINABALU: Dua tekong dan 10 awak-awak warga Indonesia bersama dua bot nelayan tempatan ditahan sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa Operasi Khas, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata kesemua suspek ditahan semasa sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di 1.9 batu nautika Pantai Syahbandar dan 2.1 batu nautika Lok Pisuk jam 3 pagi.

"Semasa diserbu pasukan penguatkuasa yang menaiki bot samaran, kedua-dua bot nelayan terbabit didapati melanggar syarat sah lesen kerana menunda di kawasan tiga batu nautika dari kawasan pantai.

"Kesemua 12 individu termasuk 10 awak-awak dan dua tekong serta bot nelayan bernombor SJN 00439F dan PR 2255/2/F kemudiannya dibawa ke jeti Maritim untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Zubil berkata kejayaan tangkapan itu dilakukan hasil pemantauan berterusan selain laporan yang diterima oleh Pusat Pengawasan Laut Maritim Sabah terhadap bot nelayan yang ingkar selain mengabaikan peraturan ditetapkan.

"Komuniti Maritim juga diingatkan agar terus menyalurkan maklumat kepada APMM sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan melalui saluran betul dengan kadar segera," katanya.

  • oleh
  • Advertisement