Anda di sini

Pengedar dadah warga asing ditahan

Advertisement
HABIBI (tengah) menunjukkan rampasan dadah bernilai RM25,000 pada sidang media itu.
HABIBI (tengah) menunjukkan rampasan dadah bernilai RM25,000 pada sidang media itu.

KOTA KINABALU: Seorang pengedar dadah warga asing berputih mata selepas berjaya ditahan polis dalam serbuan terancang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihaknya turut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 250 gram dianggarkan bernilai RM25,000 pada harga pasaran tempatan.

“Suspek warga Filipina berumur 42 tahun ditahan di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini selepas dikesan melakukan kegiatan pengedaran dadah sejak bulan lalu di sekitar pusat bandar.

“Cubaan suspek bertindak agresif bagi melepaskan diri gagal berikutan ketangkasan anggota kita semasa berada di lokasi,” katanya.

Habibi berkata hasil pemeriksaan lanjut berjaya menemukan lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz disimpan dalam beg plastik kepunyaan suspek.

“Kelima-lima plastik terbabit mengandungi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu dengan berat keseluruhan 250 gram bernilai RM25,000.

“Suspek kini direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement