Anda di sini

Pemuda mengamuk dicekup

Advertisement
 Suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut polis
DITAHAN: Suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut polis

MIRI: Tindakan seorang pemuda yang mengamuk di sebuah rumah tumpangan di Jalan Anting, Pujut 1 dekat sini telah menakutkan semua ahli keluarganya, menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Suspek yang berusia 28 tahun dan berasal dari Kampung Tunku Abdul Rahman di Lambir, dekat sini mengamuk dengan bersenjatakan sebilah tajak (alat untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah) di rumah tumpangan tersebut yang turut dihuni ahli keluarganya dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Bimbang akan keselamatan mereka, bapa tiri mangsa yang berusia 47 tahun kemudian menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) kemudian berkejar ke tempat kejadian untuk menangkap suspek dan membawanya ke Balai Polis Pusat di sini untuk tindakan selanjutnya.

Pihak polis juga  merampas sebilah tajak yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana ugutan jenayah di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu pernah disabit kesalahan Akta Dadah Berbahaya dan menceroboh masuk di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement