Anda di sini

Kemas kini status individu sudah meninggal dunia di MDI

Advertisement
LIEW (duduk, tengah) dan Ketua Cawangan MDI Sandakan Syamsul Amri Nordin (duduk, tiga kiri) bersama kakitangan MDI Sandakan merakam gambar selepas majlis itu.
LIEW (duduk, tengah) dan Ketua Cawangan MDI Sandakan Syamsul Amri Nordin (duduk, tiga kiri) bersama kakitangan MDI Sandakan merakam gambar selepas majlis itu.

SANDAKAN: Ahli keluarga kepada individu yang sudah meninggal diminta untuk mengemukakan dan mengemas kini serta melaporkan status mereka di Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

"Ini kerana, jumlah insolvensi individu yang sudah meninggal paling banyak menyumbang kepada statistik MDI dan sukar bagi kita untuk mengesan mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong pada majlis makan tengahari bersama kakitangan MDI (Sandakan) di sebuah hotel di sini.

Setakat ini, terdapat sejumlah 1,850 kes muflis yang dilaporkan di daerah ini dan kira-kira 6,000 kes di Tawau manakala sejumlah 40,000 kes kebankrapan dilaporkan di beberapa daerah di Kota Kinabalu.

Menurut Liew, jumlah kebankrapan tertinggi melibatkan penjamin pinjaman serta mereka yang gagal menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan.

"Ini diikuti oleh mereka yang gagal menyelesaikan pinjaman perumahan, pinjaman pengajian, cukai pendapatan dan pinjaman peribadi.

"Statistik juga menunjukkan bahawa kebanyakan individu diisytiharkan muflis kerana tidak memindahkan pemilikan kenderaan mereka dan pemilik kenderaan baharu gagal membayar ansuran bulanan," katanya.

Katanya, seseorang yang diisytihar bankrap akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya dan mungkin tidak dapat membuka akaun bank atau memohon pinjaman.

Tambahnya, mereka juga tidak boleh menjadi sebahagian daripada pengurusan kerajaan atau syarikat.

Liew menggesa individu yang diisytiharkan muflis supaya datang ke pejabat terdekat MDI untuk mengendalikan aset mereka kerana jabatan itu ditugaskan untuk mentadbir individu bankrap.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan memberikan pengecualian kepada penjamin pinjaman sosial, individu kurang upaya dan mereka yang menderita penyakit kronik (dengan laporan perubatan yang sah) daripada diisytiharkan muflis.

"Individu-individu terbabit boleh tampil ke MDI supaya pihak MDI dapat merayu kepada mahkamah dan melepaskan mereka daripada kebankrapan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement