Anda di sini

Beri kelonggaran urusan pengeluaran pendidikan

Advertisement
DAUD menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa pada majlis itu.
DAUD menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa pada majlis itu.

BONGAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya memberi kelonggaran berhubung urusan pengeluaran pendidikan bagi pencarum yang ingin membiayai pendidikan anak-anak.

Beliau berkata, prosedur yang ada ketika ini terhad kepada tawaran pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi dan tidak termasuk institut latihan serta kemahiran.

"Keadaan ini membebankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang hanya mendapat tawaran di peringkat sijil kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi kawasan Bongawan di Dewan Serbaguna Masjid Nurul Hidayah, Pekan Bongawan.

Dalam pada itu, Daud berkata kelonggaran itu perlu dipertimbangkan kerajaan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir disebabkan tidak mempunyai kemampuan membayar yuran pengajian dan keperluan awal.

Jelas beliau, lebih membebankan ibu bapa sekiranya lebih daripada satu anak mereka memasuki IPT pada satu masa memandangkan bayaran awal pengajian bukan sedikit.

Justeru, beliau berharap sumbangan yang disampaikan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak ke intitusi pengajian tinggi nanti.

Pada majlis itu, seramai 51 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima sumbangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

  • oleh
  • Advertisement