Anda di sini

Projam Studio sambut ulang tahun kelapan

Advertisement

SIBU: Projam Studio telah menyambut ulang tahun kelapan pada 29 September lepas dalam suasana ceria dan meriah, dengan kehadiran beberapa rakan artis.

Antara artis yang hadir ialah Melissa Francis, Hairee Francis dan Lucy M, yang sempat menghiburkan para hadirin secara ‘live’.

 Hadirin terhibur dengan persembahan ‘live’ oleh Ajis dan juga Hairee.
TERHIBUR: Hadirin terhibur dengan persembahan ‘live’ oleh Ajis dan juga Hairee.

Pengurus Projam Studio, Abdul Razis Mahsin berkata, beliau amat bersyukur kerana Projam Studio mampu bertahan sehingga kini.

“Pada tahun ini, Projam Studio telah berusia lapan tahun dan terus kekal bertahan sehingga kini.

“Terima kasih kepada semua pelanggan dan juga rakan-rakan yang telah memberikan sokongan selama ini,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Ajis The Crew.

 Antara hadirian yang hadir.
MERIAH: Antara hadirian yang hadir.

Projam Studio yang bertempat di Lot 1296, Tingkat 1, Lorong Tunku Abdul Rahman 8B1 ditubuhkan pada tahun 2011. Dengan bermodalkan kira-kira RM50,000, Ajis mengusahakan studio ini bersama isterinya, Siti Faezah Abdullah @ CT Projam.

Pada permulaannya, Projam Studio ini menjadi tempat ‘jamming’ semata-mata, selain turut menjual alat muzik dan baju.

Bagi menyambut ulang tahun kelapan, studio ini telah diubahsuai awal September lepas, dengan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti Coffee Bar dan My Mini Boutique.

Projam Studio turut menjadi syarikat penaung kepada kumpulan The Crew dan juga artis solo Penny Prescilla.

Menyentuh mengenai album baharu The Crew, Ajis berkata mereka kemungkinan mengeluarkan album baharu pada tahun depan.

“The Crew baharu sahaja mengeluarkan single terbaru iaitu ‘Pengeran Ati’ baru-baru ini,” ujarnya sambil menambah sambutan yang diterima setakat ini amat baik.

The Crew sebelum ini pernah mengeluarkan dua buah album iaitu ‘Protagonis’ dan ‘Diatu Ila’. Album ‘Protagonis’ ini telah melonjakkan nama The Crew dengan lagu hits ketika itu ‘Nadai Agi’.

 

Menurut Ajis, masalah cetak rompak terus membelenggu artis dan syarikat rakaman tempatan untuk mengeluarkan album baharu.

“Kita masih lagi mengumpul bahan untuk album baharu dan mungkin tahun depan album ini dapat dikeluarkan,” jelasnya.

Selain The Crew dan Penny, Projam Studio turut menawarkan khidmat rakaman lagi bagi Melissa Francis, Lucy M, Gabriel Fairuz Louis, Mark Bennet, Afee U-Topia, Swan Angel, Teresak Borneo dan Frederick Sut.

Advertisement