Anda di sini

BGC Scarlet Heart Squad johan Pertandingan Mobile Legends Piala Kuching Utara

Advertisement
 

BGC Scarlet Heart Squad dinobatkan johan Pertandingan Mobile Legends Piala Kuching Utara di Kuching, baru-baru ini.

BGC Scarlet Heart Squad membawa pulang piala pusingan, pingat dan wang tunai RM1,500 sementara naib johan, Fornax Squad membawa pulang pingat dan wang tunai RM1, 000.

BGC Level Squad pula menduduki tempat ketiga dan membawa pulang pingat serta hadiah wang tunai RM500.

Ketiga-tiga pasukan ini telah melepasi cabaran bertanding bersama 28 pasukan lain dari seluruh Kuching.

Pertandingan Mobile Legends Piala Kuching Utara dianjurkan sempena perasmian KJM Tupong.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Kaum Kampung Tupong Tengah Ahmat Mat dan Penasihat Kelab eSukan Sarawak All Star, Mohamad As Salihin Daud.

Advertisement