Anda di sini

La-WAK Sik?! feat the Angry Indians di Kuching, 10 & 11 Oktober ini

Advertisement
 Barisan pelawak (dari atas, kiri ke kanan) Kavin Jay, Keren Devan, Prakash Daniel dan Andrew Netto. (Barisan kedua dari kiri ke kanan) Maclean Patrick, Camillus, Ashweein Narayanan, Terrence Aaron dan Mahathir Kamal.
TEMUI MEREKA: Barisan pelawak (dari atas, kiri ke kanan) Kavin Jay, Keren Devan, Prakash Daniel dan Andrew Netto. (Barisan kedua dari kiri ke kanan) Maclean Patrick, Camillus, Ashweein Narayanan, Terrence Aaron dan Mahathir Kamal.

KUCHING:Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan barisan ‘Stand Up Comedy’ pada 10 dan 11 Oktober ini di Bangunan Mahkamah Lama bermula 7.30 malam.

Ia merupakan acara khas yang dibawakan oleh Jom TEH! dan HAUS Kuching dengan tema acara ‘La-WAK Sik?! feat the Angry Indians’.

Acara tersebut merupakan kolaborasi sepanjang Oktober bersama dengan What About Kuching (WAK) di sini.

Terdapat sembilan barisan pelawak dari Kuching dan Kuala Lumpur bergabung tenaga yang turut mengetengahkan bakat tempatan di dalam dunia melawak untuk pertama kali di Kuching.

Mereka adalah Camillus Caem, Terence Aaron, Mahathir Kamal, Maclean Patrick dan Ashweein Narayanan,

Turut membuat penampilan khas adalah Kavin Jay, Andrew Netto, Prakash Daniel dan Keren Devan

Tiket dijual pada harga RM70 seorang bagi dua hari dan untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Tiket juga boleh ditempah dengan menelefon 012-8086262 (Kim) atau 016-8083118 (Ash).

Advertisement