Anda di sini

KKMM kerjasama dengan PDRM tangani penipuan melalui panggilan telefon, SMS

Advertisement
 

KKMM sdg berkerjasama dgn PDRM utk menangani masalah ini. Unit khas cadangan baik. KKMM juga akan bantu PDRM meningkatkan kesedaran berkenaan cara scam ini berlaku dan langkah2 utk cegahnya. Berhati-hatilah bila terima pangilan yg minta bayaran atau maklumat perakaunan peribadi. https://t.co/2w2ghnRLGi

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) October 2, 2018

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kegiatan penipuan menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menterinya Gobind Singh Deo berkata pada masa sama, kementerian itu juga akan membantu PDRM meningkatkan kesedaran berkenaan cara penipuan itu berlaku dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

“Berhati-hatilah bila terima pangilan yang minta bayaran atau maklumat perakaunan peribadi,” katanya dalam catatan terkini di laman Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada seorang pengguna Twitter yang meminta supaya unit khas yang dapat membanteras penipuan itu diwujudkan.

Berhubung penubuhan unit khas itu, Gobind Singh berkata ia adalah cadangan yang baik.

-- Bernama 

Advertisement