Anda di sini

Empat kampung terlibat dengan program latihan dan simulasi bomba

Advertisement
 Penguang mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan cenderamata kepada Law sebagai tanda terima kasih.
PENGHARGAAN: Penguang mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan cenderamata kepada Law sebagai tanda terima kasih.

SERAMAI 500 penduduk dari empat kampung di sekitar Sungai Tinjar Baram telah terlibat pada program Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan yang telah berlangsung di Rumah Panjang Philip Anyi, Long Teran Kanan, Sungai Tinjar Baram, baru-baru ini.

Program terbabit yang melibatkan penduduk dari Long Teran Kanan A, Long Teran Kanan B, Long Teran Kiri dan Long Teran Batu dianjur Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Sarawak pada 28 dan 29 September lepas.

 Latihan dan simulasi pengurusan pangkalan hadapan turut diadakan sebagai persiapan agihan bekalan kepada mangsa bencana.
PERSIAPAN: Latihan dan simulasi pengurusan pangkalan hadapan turut diadakan sebagai persiapan agihan bekalan kepada mangsa bencana.

Selain latihan dan simulasi bersama agensi yang berkaitan, penduduk kampung berkenaan turut diberikan taklimat dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri antara yang turut terlibat menjayakan program terbabit.

Program tersebut membabitkan ceramah Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana dan tugas-tugas pegawai bomba bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN20).

Anggota yang terlibat memberikan penerangan tersebut ialah Pegawai Bomba (PB) Mansor Wahi, PB Jamal Mohd Yussof dan PB Rustam Aus.

 Jawatankuasa penganjur merakam kenangan bersama penduduk dan tetamu kehormat yang menyertai program Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan di Rumah Panjang Philip Anyi, Long Teran Kanan, Sungai Tinjar Baram, baru-baru ini.
KENANGAN: Jawatankuasa penganjur merakam kenangan bersama penduduk dan tetamu kehormat yang menyertai program Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan di Rumah Panjang Philip Anyi, Long Teran Kanan, Sungai Tinjar Baram, baru-baru ini.

Turut hadiri, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba (PgKB) 1 Law Poh Kiong dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Maureen Sim.

Program berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Sekitar 60 kakitangan awam dan sukarelawan kebajikan turut terlibat pada program berkenaan iaitu dari Pejabat Residen Miri, Pejabat Daerah Beluru, Hospital Miri, Balai Polis Beluru, Pejabat Pertanian Beluru dan Bulan Sabit Merah Malaysia Miri.

  • oleh
  • Advertisement