Anda di sini

15 peserta berentap di separuh akhir Borneo Talent Awards 2018

Advertisement
 Salah satu kumpulan yang mengambil bahagian dalam BTA 2018.
KEUNIKAN: Salah satu kumpulan yang mengambil bahagian dalam BTA 2018.

SIBU: Seramai 15 peserta bakal berentap di pentas separuh akhir pertandingan pencarian bakat, Borneo Talent Awards (BTA) 2018.

Mereka yang layak ialah Sound of My People, Identity Crew, Bernard Kho, The Shinobi, VT, Chang Tze How, LFMB, Ge Me Lia, Sibu Rhythmic Gymnastics danKusenitari Sibu Group (KSG).

Turut tersenarai ialah Glocal Music, Sanggar Seni Sibu Jaya, Felician Udau Freddy, Dennis Tiong and Borneo Spectrum.

Para peserta peringkat separuh akhir dipilih pada sesi uji bakat pusingan awal yang berlangsung di Farley Sibu, malam kelmarin.

 Persembahan tarian tradisional Melayu oleh salah satu kumpulan yang mengambil bahagian dalam BTA 2018.
MEMUKAU: Persembahan tarian tradisional Melayu oleh salah satu kumpulan yang mengambil bahagian dalam BTA 2018.

Acara tahunan anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS), ditaja oleh Pasar Raya Farley Sibu.

Sementara itu, pengerusi pengelola BTA 2018, Kaunselor Wong Hie Ping berkata, seramai 57 peserta untuk kategori individu dan kumpulan telah mengambil bahagian dalam sesi uji bakat pusingan awal.

 Barisan panel juri BTA 2018.
HAKIM PERTANDINGAN: Barisan panel juri BTA 2018.

Menurutnya, pertandingan turut disertai peserta dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Pertandingan pencarian bakat BTA menjadi platform kepada para peserta untuk mencungkil bakat mereka dalam nyanyian, tarian, bermain alat muzikal, akrobatik, magik dan persembahan kebudayaan.

  • oleh
  • Advertisement