Anda di sini

‘Dancing queen’ Cher teruja dapat peminat baharu

Advertisement
 

BINTANG sensasi Cher tampil dengan bergaya ketika dia menyambut barisan wartawan dalam sebuah bilik hotel West Hollywood dengan ketenangan sengaja Catherine the Great yang berucap kepada rakyatnya di Istana Musim Salji.

Jika Madonna adalah Ratu Pop, maka Cher pasti Maharani Hiburan, yang meninjau habuan daripada kerjaya dalam dunia hiburan yang telah menghasilkan sebuah anugerah Oscar bagi aktres terbaik, tiga anugerah Golden Globe, sebuah anugerah Emmy, sebuah anugerah Grammy dan sebuah rekod nombor satu dalam setiap daripada lima dekad yang lalu.

Dan dengan sebuah watak filem yang menerima pujian pada musim ini, sebuah album baharu bagi lagu-lagu ‘cover’ Abba yang sedang dalam pembikinan, dan sebuah muzikal Broadway mengenai kehidupannya dalam perancangan, ikon berusia 72 tahun itu tidak menunjukkan tanda akan turun takhta dalam masa terdekat.

“Nampaknya saya mempunyai kelompok peminat baharu, orang muda, kanak-kanak. Ia adalah hebat. Saya sejujurnya tidak menjangkakannya,” katanya dengan bersemangat dan senyuman nakal yang memecah seketika aura aristokratik.

Seorang ‘baby boomer’ pasca perang yang memiliki warisan Armenia, Eropah dan Cherokee, penghibur itu dilahirkan sebagai Cherilyn Sarkisian di selatan California.

Kepada satu generasi khusus, dia akan sentiasa menjadi ikon bagi budaya bertentangan pada era 60an serta suara ‘contralto’ unik yang memberi dunia ‘I Got You Babe’ bersama mendiang bekas suaminya Sonny Bono.

Namun dia sudah membuat kejutan dan memberi kegembiraan sejak dia membuang imej gadis rumah sebelah yang lurus dalam era Sonny dan Cher untuk muncul sebagai penggoda yang memakai jaket kulit binatang dan sut badan nipis dalam video ‘Turn Back Time’ pada 1989 - sesuku abad sebelum ‘twerking’ memasuki kamus.

‘Believe’ membawa Cher kepada generasi peminat baharu pada 1998, dengan penggunaan vokal ‘vocoder’ robotik yang dipertingkatkan secara digital dan inovatif sehingga dia menjadi terkenal seperti sekarang.

- MENCURI

TUMPUAN -

Cher memegang rekod bagi jurang paling lama di antara lagu-lagu nombor satu dalam carta Amerika Syarikat hampir selama 25 tahun tetapi baru-baru ini memberi tumpuan kepada pertunjukan tetap di Las Vegas.

Dia sudah berlakon dalam lebih 12 buah filem, dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi wataknya sebagai seorang aktivis keselamatan nuklear dalam ‘Silkwood’, dan dipuji bagi watak-watak sebagai seorang ibu tegas yang serius dalam ‘Mask’ dan seorang balu Itali Amerika muda dalam ‘Moonstruck’, yang membolehkannya memenangi Anugerah Akademi.

 

Pada musim panas ini, dia bersatu semula dengan rakan lamanya yang turut membintangi ‘Silkwood’ Meryl Streep untuk menyanyikan dua buah lagu utama dalam ‘Mamma Mia! Here We Go Again’, sekuel kepada muzikal ‘jukebox’ yang diilhamkan oleh Abba pada 2008 ‘Mamma Mia!’

Dia membenci istilah “membintangi” bagi apa yang sekadar kemunculan atas skrin yang agak singkat tetapi hakikatnya ialah dia mencuri tumpuan selepas dia muncul dalam babak terakhir.

Filem itu mengilhamkan albumnya yang ke-26, satu himpunan lagu-lagu ‘cover’ Abba yang berjudul ‘Dancing Queen’ yang merupakan adunan di antara ciplak yang hormat dan versi kelab yang jelas memaparkan ciri-ciri Cher.

“‘Mamma Mia’ dan ‘Waterloo’ - itu adalah lagu-lagu yang paling sama dengan lagu-lagu asal. Saya tidak mahu menukarnya sama sekali,” katanya kepada AFP sebelum album itu dikeluarkan pada 28 September.

“Dan lagu-lagu lain, saya tidak mungkin akan bernyanyi seperti gadis-gadis tersebut. Jadi perkara terbaik adalah untuk melakukan apa yang saya lakukan dan mengharapkan yang terbaik.”

Dengan hanya 10 buah lagu sahaja untuk dipilih, Cher berkata dia memilih adunan lagu-lagu klasik sepanjang zaman dengan beberapa buah lagu kegemarannya sendiri, seperti ‘Chiquitita’, ‘One of Us’ dan ‘Name of the Game’.

“Bernyanyi adalah berbeza daripada mendengar, dan saya fikir perkara penting bagi saya adalah untuk cuba mengekalkan inti pati Abba dan cuba mengadunkan diri dengan mereka,” ujar penyanyi itu.

Previu lagu awal ternyata positif di kalangan pengkritik dan peminat tetapi ia tidak lancar sepenuhnya.

AFP berjumpa dengan legenda pop itu pada hari dia menyiapkan rekod berkenaan - dan hanya beberapa jam sahaja selepas salah satu lagu kegemarannya ‘One of Us’ hilang buat seketika, yang mencetuskan panik pada tengah malam yang serius.

“Saya marah,” katanya, satu kajian dalam kenyataan yang direndahkan.

Seorang wanita berambut perang platinum sekarang, bintang itu selama ini terkenal kerana pakaiannya yang melampau dan mendedahkan susuk badan di atas pentas.

Bulu-bulu burung dan baju jaring akan ditampilkan semula oleh penyanyi itu pada permulaan jelajah meletihkan yang membawanya dari Australia dan New Zealand pada musim luruh ke hampir setiap pelosok Amerika Utara pada tahun depan.

Suatu hari nanti dia akan mengurangkan aktiviti - mungkin jika ‘The Cher Show’, sebuah muzikal yang dijangka dipentaskan di Broadway pada Disember membolehkannya memenangi Anugerah Tony bagi seorang penerbit - untuk melengkapkan ‘grand slam’ anugerah ‘EGOT’ yang diidam-idamkan selepas memperolehi Emmy, Grammy dan Oscar sebelum ini.

Buat masa sekarang, setiap kejayaan adalah ‘(Just Enough to Keep Me) Hangin’ On’ (Cukup Untuk Aku Terus Bertahan), dalam kata-kata salah satu lagu single awalnya.

“Kadang-kadang saya amat menyukainya dan kadang-kadang saya hanya mahu mencungkil mata saya keluar. Sudah tentulah saya mengalami hari-hari seperti itu, dan apa yang saya pelajari ialah kita hanya perlu mengharunginya dan ia akan berlalu,” katanya.

“Dan kadang-kadang kita menempuhnya hanya seminggu sahaja, atau kadang-kadang kita hanya berkata ‘Ya Tuhanku’. Kita fikir, ‘Ya Tuhanku’ dan kemudian kita membuat pertunjukan apabila kita fikir ‘Wah, ia menyeronokkan. Ia bagus’.” — AFP

Advertisement