Anda di sini

Calon UPSR sertai majlis di SK Tatau

Advertisement

MURID-murid yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menyertai Majlis Izin Ilmu, Solat Hajat dan Doa Hajat UPSR anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau di dewan sekolah, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau Muhd Nur Abdullah@Tana serta dihadiri Guru Besar Janudin Abdul Rahman, Penolong Kanan I Hendary Lingak serta 134 murid tahun enam dan ibu bapa murid.

Turut diadakan ceramah motivasi yang disampaikan penceramah jemputan yang juga guru SK Kampung Baru Muhd Azlan Ismail.

Muhd Nur dalam ucapannya menyeru murid-murid yang menduduki peperiksaan itu agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta mengulangkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru-guru mereka.

Beliau berterima kasih kepada pihak sekolah yang menganjurkan program yang bermanfaat kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut serta ibu bapa yang banyak membantu dan menyokong aktiviti pihak sekolah.

Dalam pada itu, Janudin berharap murid-murid yang menduduki peperiksaan itu akan berjaya serta akan mencapai keputusan yang cemerlang.

Beliau turut menyeru ibu bapa untuk hadir memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka sehingga berakhirnya peperiksaan itu.

Advertisement