Anda di sini

Calon PT3 maut jatuh dari tingkat 11 pangsapuri 

Advertisement
 

GEORGE TOWN: Seorang calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri didiami  keluarganya di Lebuh Sungai Pinang 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemukan di tepi kolam pangsapuri tersebut oleh seorang pekerja pembersihan pada pukul 8.45 pagi sebelum menghubungi polis.

"Berdasarkan siasatan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik tidurnya dan semasa ditemukan dia lengkap berpakaian baju tidur, namun tidak berkasut. Remaja perempuan itu turut meninggalkan tiga surat untuk ibunya dan dua rakannya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

-- Bernama 

Advertisement