Anda di sini

Taufan kuat melanda Okinawa, tanah besar akan terus alami cuaca ekstrem

Advertisement
 Gambar diambil di pusat bandar Naha, wilayah Okinawa semalam menunjukkan sebatang pokok tumbang ketika pulau itu yang pertama menghadapi Taufan Trami di Jepun. — Gambar AFP
MUSNAH DITIUP ANGIN: Gambar diambil di pusat bandar Naha, wilayah Okinawa semalam menunjukkan sebatang pokok tumbang ketika pulau itu yang pertama menghadapi Taufan Trami di Jepun. — Gambar AFP

KAGOSHIMA: Satu serangan taufan yang sangat kuat telah melanda pulau Okinawa di selatan Jepun semalam, mencederakan sekurang-kurangnya lima orang, ketika pegawai kaji cuaca memberikan amaran ribut akan melanda melalui kepulauan Jepun sepanjang hujung minggu.

Taufan Trami, membawa angin maksimum sekuat 216 kilometer sejam berhampiran pusatnya, telah diramalkan akan melanda tanah besar pada awal hari ini dan akan menyebabkan keadaan cuaca ekstrem di sekitar negara sehingga Isnin depan.

Rakaman televisyen menunjukkan dahan-dahan tercabut dari pokok akibat angin kuat menghalang sebatang jalan raya utama di Naha, dengan ombak kuat membadai tembok ombak di sebuah pulau terpencil di wilayah dan hujan lebat horizon.

Kira-kira 600 orang dipindahkan ke pusat perlindungan di Okinawa dan bekalan elektrik telah terputus bagi lebih dari 121,000 rumah, menurut pihak penyiaran awam NHK.

Sekurang-kurangnya 386 penerbangan telah dibatalkan kebanyakan di barat Jepun, menurut pihak penyiaran awam NHK.

Lima orang telah mengalami kecederaan dalam beberapa kemalangan yang berkaitan dengan ribut di Okinawa, namun tiada sesiapa yang dikhuatiri meninggal dunia, menurut pegawai tempatan.

“Angka mungkin akan bertambah ketika kami masih lagi mengumpul maklumat,” menurut Motoki Minei, seorang pegawai di pejabat pengurusan bencana di pulau ini.

“Kami telah menggesa penduduk kami agar sentiasa berjaga-jaga terhadap taufan tersebut,” beliau memberitahu AFP.

Agensi cuaca telah memberikan amaran kepada penduduk di sekitar Jepun agar berhati-hati dengan “angin yang sangat kuat, ombak tinggi dan hujan lebat.”

Selepas melanda pulau-pulau berhampiran, taufan itu diramalkan akan menambahkan kelajuan dan menghampiri bahagian barat Jepun pada hari ini, masih sangat kuat ketika ia bergerak di kawasan tanah besar.

Para nelayan di selat Kagoshima, di mana taufan telah dijangka akan melanda, telah melakukan beberapa persediaan, mengikat bot mereka  dengan kuat ketika Trami menghampiri.

Angler Masakazu Hirase memberitahu AFP: “Ia agak membimbangkan kerana kami telah mengetahui terdapat satu lagi taufan selepas ini namun kami tidak dapat melawan alam semula jadi. Kami melakukan apa yang termampu bagi mengehadkan kerosakan.”

Sekiranya ramalan itu betul, ia akan menjadi yang terbaharu dalam satu siri kejadian semula jadi yang ekstrem melanda Jepun. — AFP

Bahagian barat Jepun masih dalam proses pemulihan selepas taufan yang sangat kuat melanda negara dalam satu suku dari abad, yang meragut 11 nyawa dan menutup lapangan terbang utama wilayah pada awal September.

Hujan teruk mengatasi rekod turut melanda barat Jepun pada awal tahun ini dan negara telah berdepan dengan salah satu dari musim panas paling panas dalam rekod.

Juga pada September, gempa bumi dengan magnitud 6.6 telah menggegarkan  pulau utara Hokkaido, menyebabkan tanah runtuh dan meragut lebih dari 40 nyawa. — AFP

Advertisement