Anda di sini

Kerajaan guna pendekatan holistik bangunkan jelapang padi Kota Belud

Advertisement
JAUJAN (dua kiri) bersama Junz (dua kanan), Christina (tengah), Daud (kanan) menyempurnakan gimik perasmian sambil disaksikan  Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil (kiri).
JAUJAN (dua kiri) bersama Junz (dua kanan), Christina (tengah), Daud (kanan) menyempurnakan gimik perasmian sambil disaksikan  Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil (kiri).

TAWAU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sedang membuat pendekatan holistik dengan menumpukan usaha kepada pembangunan jelapang padi Kota Belud.

Menterinya, Junz Wong berkata kerajaan komited dalam usaha meningkatkan tahap kecukupan sara diri beras kepada 60 peratus menjelang 2026.

"Selain Kota Belud, beberapa kawasan tanaman padi di daerah lain juga sedang dipantau.

"Setelah meninjau kawasan padi di Sekinchan, Selangor...kementerian kini sedang merangka model yang sesuai untuk menjayakan usaha dalam masa terdekat ini," katanya ketika berucap pada majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Sabah 2018, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan pengusaha ladang sawit agar apabila pusingan tanaman sawit berakhir. Kerajaan akan mencadangkan sebahagian kawasan diusahakan dengan tanaman padi.

Katanya, untuk tanaman makanan lain, kerajaan negeri dan persekutuan kini bekerjasama untuk bangunkan kawasan tanaman kekal pengeluaran makanan di Batu 15 Jalan Apas Tawau yang berkeluasan 96 hektar.

"Antara tanaman yang diusahakan adalah pisang, betik dan sayur-sayuran. Kawasan lain seperti Sungai Koyah Kinabatangan untuk tanaman buah nangka tekam yellow yang sudah beroperasi sejak 2015.

"Selain itu, kerajaan akan mengambil langkah untuk mengekalkan hasil ketam di Sabah dengan menyekat pengeksportan ketam dari Sabah dan menjadikan Tawau sebagai Crab City," katanya.

JAUJAN (tengah) menyampaikan anugerah kepada salah satu penerima, turut kelihatan ialah Junz (dua kiri), Christina (kanan) dan Daud (kiri).
JAUJAN (tengah) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima, turut kelihatan ialah Junz (dua kiri), Christina (kanan) dan Daud (kiri).

Katanya, usaha itu akan menarik  lebih ramai pelancong ke Tawau bukan sahaja untuk melihat keindahan alam tetapi juga untuk menikmati makanan laut.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong serta Christina Liew, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Dr Daud Yusof serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement