Anda di sini

BSN teruskan pencarian jutawan Hari Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) meneruskan kempen ‘Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ untuk mencari jutawan BSN SSP kesembilan.

Bank itu dalam satu kenyataan semalam berkata, bakal jutawan tersebut akan meraih wang berjumlah RM1 juta, sekali gus bergelar jutawan Hari Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi, Kameel Abdul Halim berkata, ia dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia, dan menepati tema ‘Sayangi Malaysia’, BSN menyeru rakyat supaya mementingkan sikap ingin menyimpan sebagai persediaan masa hadapan.

Beliau berkata, BSN dari semasa ke semasa terus mempertingkat dan menambah baik kualiti produknya  agar terus menarik minat pelanggan untuk menyimpan bersama BSN SSP.

Pada tahun ini, BSN menawarkan jumlah keseluruhan ganjaran BSN SSP bernilai RM20 juta berbanding jumlah ganjaran RM17.7 juta pada tahun lepas.

Penawaran ganjaran yang lebih lumayan ini merupakan penghargaan khas BSN kepada para penyimpan setia BSN SSP, yang kini menjangkau 40 tahun selepas diperkenalkan pada 1978.

Untuk menyertainya, pendeposit perlu mempunyai simpanan minimum sebanyak RM3,000 dan ke atas. — Bernama

Advertisement