Anda di sini

Amal Clooney rayu Suu Kyi bebaskan dua wartawan Reuters

Advertisement
 Undermining Justice and Democracy’ semasa sesi ke-73 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat UN di New York, AS kelmarin. — Gambar Reuters
MENYAMPAIKAN UCAPAN: Clooney bercakap pada majlis ‘Press Behind Bars: Undermining Justice and Democracy’ semasa sesi ke-73 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat UN di New York, AS kelmarin. — Gambar Reuters

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Peguam hak asasi manusia terkenal Amal Clooney telah merayu kepada Aung San Suu Kyi kelmarin bagi satu pengampunan untuk dua wartawan Reuters yang dipenjarakan di Myanmar, menyatakan pemenang Nobel itu memegang kunci bagi pembebasan mereka.

Kedua-dua lelaki tersebut, dituduh melanggar undang-undang rahsia negara Myanmar ketika melaporkan tentang satu pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Islam Rohingya, telah dipenjarakan selama tujuh tahun pada awal bulan ini, menambahkan kemarahan antarabangsa.

Clooney menyatakan keluarga wartawan tersebut telah mengemukakan satu permintaan untuk pengampunan mereka, sambil menambah bahawa presiden boleh memberikan satu pengampunan selepas konsultasi dengan Suu Kyi.

“Kerajaan boleh, sekiranya ia inginkan, menamatkan ia pada hari ini,” peguam British-Lubnan memberitahu satu acara yang didedikasikan dengan kebebasan media pada selang masa ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau meminta pemimpin de facto Suu Kyi bagi keutamaan beliau yang dinyatakan bagi membebaskan tahanan suara hati dan telah menyebut tentang perlunya bagi satu kebebasan media sekiranya negara hendak beralih bagi satu demokrasi sepenuhnya.

“Beliau mengetahui bahawa pembunuhan beramai-ramai adalah bukannya satu rahsia negara dan bahawa mendedahkan ia tidak akan menjadikan seorang wartawan sebagai seorang pengintip,” menurut Clooney.

Pada awal bulan ini, Suu Kyi mempertahankan tindakan memenjarakan Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, telah mendapat kritikan global bagi satu perbicaraan yang dilihat sepenuhnya sebagai satu cubaan untuk mengongkong kebebasan media.

“Beliau memegang kunci, kunci bagi kebebasan mereka, kunci untuk menyatukan mereka semula dengan anak-anak mereka yang masih muda, kunci kepada kebebasan media.”

“Kunci bagi kebenaran dan akauntabiliti, serta kunci kepada sebuah negara Myanmar yang lebih demokratik dan muhibah,” menurut Clooney. “Sejarah akan mengahakimi beliau berdasarkan responnya.”

Clooney telah menceritakan semula bahawa ketika beliau masih seorang pelajar di St Hugh’s College, Oxford, pemenang Nobel itu, yang menuntut di kolej yang sama 30 tahun sebelum itu, merupakan ‘seorang wirawati bagi saya’.

“Aung Sang Suu Kyi tahu lebih baik berbanding orang lain mengenai bagaimana rasanya menjadi seorang tahanan politik di Myanmar. Beliau pernah tidur di dalam sebuah sel di penjara di mana Wa Lone dan Kyaw Soe Oo sekarang tidur,” menurut beliau.

Suu Kyi, pernah diangkat sebagai seorang juara hak asasi global, telah berada dalam tekanan besar agar menggunakan kuasa moralnya di dalam Myanmar bagi mendesak untuk satu pengampunan presiden bagi wartawan tersebut.

Kes yang mencetuskan satu bantahan antarabangsa, telah dilihat sebagai satu cubaan  untuk mengongkong kewartawanan semasa tindakan pada tahun lepas oleh pasukan keselamatan Myanmar terhadap puak minoriti Islam Rohingya di wilayah Rakhine.

“Operasi pembersihan” yang diketuai oleh pihak tentera telah menghalau 700,000 Rohingya ke Bangladesh, membawa bersama mereka beberapa keterangan bagi kekejaman rogol, pembunuhan dan pembakaran secara sengaja oleh pihak polis dan tentera Myanmar.

Wartawan tersebut menyatakan mereka telah diperangkap ketika mendedahkan tentang pembunuhan tanpa pengadilan terhadap 10 penduduk Islam Rohingya di sebuah kampung Rakhine pada tahun lepas.

Clooney, isteri kepada bintang Hollywood terkenal George Clooney, mengumumkan pada Mac bahawa beliau akan menyertai pasukan perundangan yang mewakili wartawan tersebut.

Menteri kerajaan Myanmar Kyaw Tint Swe memberitahu Perhimpunan Agung bahawa kerajaannya ‘menolak sepenuhnya’ satu keputusan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat jenayah terhadap pihak Rohingya.

ICC telah memutuskan bahawa siasatan akan diteruskan kerana Bangladesh merupakan sebuah negara penandatangan bagi statut Rom yang membentuk mahkamah tersebut. Myanmar tidak menandatangani statut tersebut. — AFP

Menteri Luar China Wang Yi menyatakan nasib penduduk Rohingya merupakan satu perkara yang harus disuarakan oleh Myanmar dan Bangladesh, mencadangkan bahawa PBB tidak seharusnya campur tangan.

China, seorang penyokong kepada bekas junta pemerintah Myanmar, telah melindungi kerajaan di Naypyidaw dari sekatan atau tindakan lain oleh Majlis Keselamatan PBB. — AFP

Advertisement