Anda di sini

100 kilogram baja disyaki untuk buat bom kereta ditemui

Advertisement
 Dua pegawai polis Belanda menjalankan siasatan di sebuah kediaman yang didakwa seorang jihad di Arnhem pada Khamis lepas. Polis Belanda telah menahan tujuh suspek yang merancang untuk menjalankan ‘serangan pengganas besar’ pada acara awam. — Gambar AFP
DISERBU: Dua pegawai polis Belanda menjalankan siasatan di sebuah kediaman yang didakwa seorang jihad di Arnhem pada Khamis lepas. Polis Belanda telah menahan tujuh suspek yang merancang untuk menjalankan ‘serangan pengganas besar’ pada acara awam. — Gambar AFP

THE HAGUE: Kelmarin pihak penyiasat Belanda menyatakan mereka telah menemui satu kuantiti besar bagi bahan-bahan untuk menghasilkan bom termasuk baja yang kemungkinan akan digunakan dalam satu bom kereta selepas penahanan tujuh suspek pengganas.

Tujuh orang telah ditahan pada Khamis lepas di beberapa bandar di Arnhem dan Weert oleh unit elit antikeganasan Belanda serta disyaki sebagai ingin untuk melakukan satu serangan ‘besar’ di negara.

Suspek telah muncul sekejap buat kali pertama di mahkamah Daerah Rotterdam kelmarin bagi tuduhan berkaitan dengan keganasan, di mana kes mereka telah direman sehingga minggu depan.

Lelaki tersebut, yang berusia lingkungan 21 hingga 34 tahun, tidak dinyatakan namanya dan akan kekal di bawah kawalan keselamatan maksimum yang bermakna mereka hanya dibenarkan untuk bercakap dengan peguam mereka.

Semasa operasi penggeledahan pada Khamis lepas “pihak polis telah menyita sejumlah besar bahan mentah untuk menghasilkan bom di rumah suspek,” menurut perkhidmatan pendakwaan awam Belanda kelmarin.

Pihak berkuasa turut menemui “100 kilogram baja, kemungkinan bagi kegunaan dalam satu bom kereta,” tambah pihak pendakwa dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa sebelum ini telah meletakkan sekumpulan orang di bawah pengawasan, termasuk seorang lelaki Belanda berusia 34 tahun berasal dari Iraq yang telah disabitkan pada 2017 bagi cubaan untuk pergi ke wilayah yang dikawal oleh kumpulan pejuang jihad Islamic State.

Suspek berasal dari Arnhem, bandar pelabuhan di Rotterdam dan kampung-kampung yang berhampiran dengan dua bandar tersebut. Dua orang lagi di dalam kumpulan turut mempunyai pensabitan berkaitan dengan cubaan untuk pergi ke Iraq atau Syria.

Lelaki tersebut telah disyaki sebagai hendak menyerang orang awam semasa satu acara besar di Belanda, menurut pihak perkhidmatan rahsia Belanda (AIVD), namun satu sasaran yang mungkin tidak dinamakan.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte semasa sidang media mingguan beliau memberitahu pihak wartawan ‘satu drama telah berjaya dihalang di negara kita’.

“Penahanan ini menunjukkan betapa pentingnya ia untuk terus berjaga-jaga,” menurut Rutte, sambil menambah ia bermakna peluang bagi satu serangan pengganas di Belanda “masih satu realiti”.

Belanda telah terselamat dari serangan pengganas yang telah menggegarkan negara jiran Eropah terdekatnya sejak beberapa tahun lepas, namun terdapat satu siri bagi ketakutan yang baharu.

Penahanan pada Khamis lepas muncul tiga bulan selepas dua lelaki telah ditangkap di Rotterdam kerana disyaki menyediakan serangan di Perancis dan Belanda.

Tangkapan turut muncul sebulan selepas seorang rakyat Afghan berusia 19 tahun dengan penempatan Jerman telah menikam dan mencederakan dua pelancong Amerika di Central Station yang sibuk di Amsterdam sebelum ditembak dan tercedera. — AFP

Advertisement