Anda di sini

Pameran Fotografi Cetak Sedunia 2018

Advertisement
Abdul Karim melihat Pameran Fotografi Cetak Sedunia 2018 di Padang Merdeka hari ini. Turut kelihatan Laurens (kiri) dan Duta Belanda Ke Malaysia Karin Mossenlechner (dua kiri).
Abdul Karim ketika merasmikan Pameran Fotografi Cetak Sedunia 2018 di Padang Merdeka hari ini. Turut kelihatan Laurens (kiri) dan Duta Belanda Ke Malaysia Karin Mossenlechner (dua kiri).

KUCHING: Bandar Raya Kuching dipilih buat pertama kalinya bagi lokasi jelajah Pameran World Press Photo 2018 bertempat di Padang Merdeka di sini.

Pemeran itu disertai jurugambar professional dari seluruh dunia. 

Ia dimulakan sekumpulan jurugambar Belanda pada 1956 dan sejak itu berkembang kepada pertandingan fotografi paling berprestij dan telah membuat jelajah pameran di lebih 100 buah bandar raya di 45 buah negara. 

Pengunjung terpukau melihat sebahagian daripada gambar terbaik dipamerkan pada Pameran Fotografi Cetak Sedunia 2018 di Padang Merdeka.
Pengunjung terpukau melihat sebahagian daripada gambar terbaik dipamerkan pada Pameran Fotografi Cetak Sedunia 2018 di Padang Merdeka.

Pada pelancaran pameran hari ini Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pameran ini menyediakan satu acara unik bagi bandar raya ini. 

“Pameran ini memaparkan kisah-kisah mengenai isu kontemporari, alam semulajadi dan alam sekitar, cerita mengenai masyarakat dan sukan dan banyak lagi. 

“Gambaran visual memberi makna lebih daripada satu perkataan dan 66 gambar-gambar ini akan meninggalkan impak kepada kita sebagai pengunjung,” katanya. 

Sementara itu wakil Yayasan World Press Photo Laurens Korteweg berkata pameran ini mempersembahkan kewartawanan visual terbaik tahun ini dan telah dilihat oleh lebih empat juta rakyat di seluruh dunia. 

Pameran ini boleh dilihat bermula hari ini hingga 28 Oktober ini di Padang Merdeka di sini yang juga bersempena  Festival What About Kuching (WAK). 
 

  • oleh
  • Advertisement