Anda di sini

Kanada lucut kerakyatan kehormat Suu Kyi

Advertisement
 Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau (kanan) berjumpa dengan Suu Kyi di pejabat Trudeau di Parliament Hill di Ottawa, Ontario, Kanada, pada 7 Jun 2017. — Gambar Reuters
PERTEMUAN MESRA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau (kanan) berjumpa dengan Suu Kyi di pejabat Trudeau di Parliament Hill di Ottawa, Ontario, Kanada, pada 7 Jun 2017. — Gambar Reuters

OTTAWA: Parlimen Kanada mengundi sebulat suara kelmarin untuk secara efektifnya melucutkan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi daripada kerakyatan kehormat Kanada akibat krisis Rohingya.

Ottawa memberikan pe-nyokong demokrasi yang lama ditahan dan pemenang anugerah Nobel penghormatan yang jarang diberikan itu pada 2007.

Namun reputasi antarabangsa beliau tercemar akibat keengganan beliau untuk menentang kekejaman oleh pihak tentera di negaranya terhadap penduduk minoriti Islam Rohingya, yang di-umumkan oleh Ottawa pada minggu lepas sebagai satu genosid.

“Pada 2007, Dewan Rakyat memberikan kepada Aung San Suu Kyi status sebagai rakyat kehormat Kanada. Pada hari ini, Dewan tersebut sebulat suara mengemukakan satu cadangan untuk menarik balik status tersebut,” kata Adam Austen, jurucakap bagi Menteri Luar Negara Chrystia Freeland.

Satu kempen kejam ke-tenteraan yang bermula pada tahun lepas telah menyebabkan lebih 700,000 penduduk Islam Rohingya lari dari Myanmar ke negara jiran Bangladesh,  di mana mereka sekarang tinggal di dalam kem pelarian yang sesak – berasa takut untuk pulang ke Myanmar yang mempunyai majoriti penduduk Buddha di sebalik satu arahan bagi penghantaran pulang.

Ramai yang memberikan keterangan mengenai pembunuhan tanpa kehakiman, keganasan seksual dan pembakaran secara sengaja.

Pihak tentera telah menafikan hampir semua salah laku, menegaskan tindakan mereka adalah satu cara yang sah untuk menghapuskan militan Rohingya.

Namun selepas satu misi pencarian fakta, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menubuhkan sebuah panel bagi menyediakan pertuduhan terhadap ketua tentera Myanmar dan lima komander tertinggi tentera bagi jenayah terhadap kemanusiaan.

Kerajaan Suu Kyi yang dilantik secara demokratik masih dalam keseimbangan kuasa yang goyah dengan pihak jeneral, yang kehadiran mereka di parlimen memberikan mereka satu kuasa veto yang efektif terhadap perubahan perlembagaan.

Austen memetik “keengganan Suu Kyi untuk mengecam genosid Rohingya” bagi penarikan balik penghormatan Kanada, yang merupakan simbolik dan datang tanpa kepentingan istimewa.

“Kami ingin terus me-nyokong orang Rohingya dengan memberikan bantuan kemanusiaan, melaksanakan sekatan terhadap pihak jene-ral Myanmar serta menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab dihadapkan di depan sebuah badan antarabangsa yang kompeten,” tegas beliau.

Kerakyatan kehormat Ka-nada hanya diberikan kepada lima orang termasuk Dalai Lama, penyokong pendidikan untuk perempuan Malala Yousafzai dan Nelson Mandela. — AFP

Advertisement