Anda di sini

Festival Jazz Tebingan Kuching 2018 membuka tirai dengan sambutan hangat peminat jazz

Advertisement
Dayang Nurfaizah berduet dengan Hael Husaini dipentas KWJF 2018 pada malam Jumaat.
Dayang Nurfaizah berduet dengan Hael Husaini dipentas KWJF 2018 pada malam Jumaat.

KUCHING: Ribuan penonton tidak berganjak menantikan kemunculan Dayang Nurfaizah dan Tulus membuat persembahan di Festival Jazz Tebingan Kuching (KJWF) 2018 malam Jumaat.

Anak Sarawak, Dayang Nurfaizah mendendangkan beberapa buah lagu popularnya seperti 'Di Pintu Syurga, 'Lelaki Teragung' yang turut meraih namanya sebagai pemenang Anugerah Industri Muzik 22 bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu Wanita sebelum ini.

Beliau turut mendendangkan lagu rakyat Sarawak 'Puteri Santubong' dalam genre jazz dan berduet bersama Hael Husaini mendendangkan lagu 'Haram'  juga dalam genre jazz.

Sementara itu penyanyi dan komposer yang berasal dari Bandung, Indonesia, Tulus membuatkan ramai pengunjung terpukau dengan suaranya.

Penyanyi yang baru sahaja dianugerahkan Indonesian Choice Award  bagi 'Muzik Video of the Year', Tulus mendendangkan beberapa buah lagu yang berirama Pop Jazz antaranya 'Manusia Kuat'.

Bagi peminat jazz, nama Atilia Haron dan Jolynn J Chin amat dekat dihati mereka.

Atilia Haron, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminat jazz tempatan.
Atilia Haron, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminat jazz tempatan.

Dengan suara ala Alicia Keys, Alemay Fernandez dari Singapura membuatkan banyak pengunjung terpukau, dan Aditya dari Indonesia mendendangkan lagu Michael Jackson ternyata menggamatkan lagi suasana.

Festival tahun kedua itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Soedirman Aini dan Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat dan Komunikasi SEDC Edwin Abit.

Kira-kira 2,000 pengunjung tempatan dan dari Indonesia, Singapura dan Brunei datang untuk menyaksikan KJWF 2018.

Sebahagian peminat jazz yang memenuhi pekarangan pentas KJWF 2018.
Sebahagian peminat jazz yang memenuhi pekarangan pentas KJWF 2018.

Tirai pentas bermula dengan persembahan Sang Voyage, pemenang bagi KWJF 2018 Band Search yang diadakan baru-baru ini.

Malam ini pula nantikan kemunculan Tuku Kame Jazz (Sarawak), D'Cipta Band (Malaysia), Aisyah Aziz (Singapura-Malaysia), Natalie Gillespie Band (Australia), Carmen Souza Trio (Portugal), Blues Gang (Malaysia) dan Tompi (Indonesia).

Tiket bagi dewasa dijual pada harga RM150 dan bagi kanak-kanak RM75 setiap satu masing-masing di pintu masuk festival di Hotel Grand Margherita.

Abdul Karim ketika berucap merasmikan KJWF 2018.
Abdul Karim ketika berucap merasmikan KJWF 2018.
Advertisement