Anda di sini

Trump ikrar pelan damai baharu untuk Timur Tengah

Advertisement
 Netanyahu (kiri) bercakap semasa pertemuan dua hala dengan Trump             pada sesi ke-73 Perhimpunan Agung PBB di Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin. — Gambar Reuters
PERTEMUAN DUA HALA: Netanyahu (kiri) bercakap semasa pertemuan dua hala dengan Trump pada sesi ke-73 Perhimpunan Agung PBB di Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin. — Gambar Reuters

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikrar kelmarin untuk mengemukakan pelan damai bagi Timur Tengah pada hujung tahun ini dan menyokong penyelesaian dua negara, dipercayai yakin bahawa pihak Palestin akan kembali ke meja rundingan walaupun sokongannya tidak berbelah-bahagi kepada Israel.

Bercakap ketika beliau mengadakan rundingan de-ngan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di New York, Trump berkata ia adalah “impian” beliau untuk menghasilkan penyelesaian yang aman kepada konflik yang gagal dicapai oleh beberapa presiden lama.

Walaupun Trump berkata beliau menjangka Israel akan membuat konsesi dalam sebarang penyelesaian muktamad kepada konflik selama berdekad-dekad itu, pihak Palestin berkata dasar pentadbirannya di Timur Tengah memusnahkan harapan bagi keamanan.

Jared Kushner, menantu Trump serta seorang penasihat kanan di Rumah Putih, sudah mengusahakan pelan damai selama lebih setahun, tetapi tidak banyak petunjuk setakat ini mengenai saranan yang dijangkakan daripadanya.

“Saya boleh katakan dalam tempoh dua hingga tiga dan empat bulan lagi,” kata Trump mengenai rangka waktu untuk mengemukakan pelan.

Trump, yang berjumpa dengan Netanyahu dalam acara sampingan di Perhimpunan Agung PBB, berkata dengan jelas buat pertama kali bahawa beliau menyokong penyelesaian dua negara: “Itulah apa yang saya fikir paling berkesan, itulah pe-rasaan saya.”

“Saya benar-benar percaya sesuatu akan berlaku. Ia adalah impian saya untuk dapat melakukannya sebelum penggal pertama saya tamat,” ujar Trump yang dipilih untuk berkhidmat selama empat tahun sehingga Januari 2021.

Proses damai Timur Te-ngah tergendala apabila pihak Palestin memutuskan hubu-ngan dengan pentadbiran Trump pada tahun lepas untuk membantu keputusan Trump mengiktiraf Jerusalem (Baitulmuqaddis) sebagai ibu kota negara Yahudi.

Presiden AS itu kemudian mengarahkan pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Pihak Palestin juga mahu Baitulmuqaddis menjadi ibu kota negara mereka dan sekian lama berkata status kota suci itu seharusnya hanya di-selesaikan sebagai sebahagian daripada perjanjian damai yang lebih besar.

Perhubungan antara Pihak Berkuasa Palestin dan AS menjunam lagi sejak beberapa minggu lepas setelah Washington memotong pembiayaan, termasuk sebuah agensi PBB yang membantu jutaan pelarian Palestin.

Bagaimanapun Trump berkata beliau pasti pihak Palestin akan kembali ke meja rundingan tidak lama lagi.

“Mereka pasti akan kembali ke meja rundingan,” katanya. “100 peratus pasti.”

“Banyak benda baik sedang berlaku,” kata Trump sebelum menambah: “Israel akan perlu melakukan sesuatu yang bagus untuk pihak sebelah.”

Bagaimanapun reaksi awal menggariskan usaha getir yang dihadapi Trump untuk meyakinkan pihak Palestin bahawa beliau adalah orang tengah yang berkecuali dan kemudian meyakinkan pihak Israel untuk membuat konsesi mengenai keselamatan.

“Kata-kata mereka ber-tentangan dengan tindakan mereka dan tindakan mereka jelas sama sekali memus-nahkan kemungkinan bagi penyelesaian dua negara,” kata Husam Zomlot, ketua misi Palestin yang ditutup baru-baru ini di Washington, kepada AFP.

Beliau menambah kenya-taan Trump sahaja tidak memadai untuk membawa balik pihak Palestin ke meja rundingan.

Walaupun tidak menangani secara langsung isu tentang penyelesaian dua negara, Netanyahu memberi pujian kepada Trump.  

“Tidak ada orang yang telah menyokong Israel se-perti anda dan kami menghargainya,” kata perdana menteri Israel itu yang telah menjalin hubungan kukuh dengan Trump dalam permusuhan mereka dengan Iran.

Media Israel kemudian memetik Netanyahu sebagai berkata Israel mesti mengekal-kan kawalan keselamatan dalam sebarang perjanjian damai dengan pihak Palestin, ke barat Jordan hingga ke Laut Mediterranean – yang merangkumi Tebing Barat yang diduduki Israel.

“Ia adalah penting untuk menetapkan perkara yang tidak dapat diterima kami: Israel tidak akan melepaskan kawalan keselamatan ke barat Jordan. Ini tidak akan berlaku selagi saya perdana menteri dan saya fikir pihak Amerika memahami perkara itu,” katanya. — AFP

Advertisement