Anda di sini

Roxanne Lee tampil dengan lagu dalam bahasa Iban

Advertisement

KUCHING: Percubaan berani gadis Cina, Roxanne Lee untuk menceburi industri muzik Dayak dan menyanyikan lagu dalam bahasa Iban tidak sia-sia.

Berkat kesungguhan serta komitmennya, Roxanne akhirnya bakal tampil dengan sebuah lagu pertamanya dalam bahasa Iban berjudul ‘Sanggup Nganti’.

 Penyanyi Iban berbangsa Cina, Roxanne bakal tampil dengan sebuah lagu berjudul ‘Sanggup Nganti’.
ARTIS BAHARU: Penyanyi Iban berbangsa Cina, Roxanne bakal tampil dengan sebuah lagu berjudul ‘Sanggup Nganti’.

Lagu ‘Sanggup Nganti’ merupakan salah satu daripada tujuh lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi terbitan MK Smokehouse dengan kerjasama Ranyai Studio Kuching.

Penerbit serta komposer bagi album tersebut, Isa Lee berkata meskipun Roxanne tidak fasih berbahasa Iban, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

“Roxanne mempunyai bakat semulajadi sebagai seorang penyanyi dan beliau memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan lagu serta album ini.

“Atas komitmen serta kesungguhan beliau yang tinggi inilah maka akhirnya sesuatu yang mustahil menjadi tidak mustahil bagi Roxanne,” katanya kepada Utusan Borneo.

Dalam pada itu, Roxanne bersama tujuh lagi rakan artis baharu kini sedang sibuk menyiapkan album kompilasi tersebut.

Antara artis yang turut ditampilkan dalam album ini ialah Mecklyen Julih, Ester Jeffery, Jeft Rogos, Reaza Ray dan Angela Ryann.

Album ini juga akan menyelitkan sebuah lagu duet gandingan Angela Ryann dan Isa sendiri selaku penerbit dan komposer.

 Roxanne (tengah) bersama Isa (kanan), Ramos (dua kanan), Reaza dan Cami (kiri) ketika sesi penggambaran klip video lagu ‘Sanggup Nganti’ baru-baru ini.
DI LOKASI: Roxanne (tengah) bersama Isa (kanan), Ramos (dua kanan), Reaza dan Cami (kiri) ketika sesi penggambaran klip video lagu ‘Sanggup Nganti’ baru-baru ini.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah ‘Ambai Aku’ (Mecklyen Julih), ‘Tanda Tanya’ (Reaza Ray), ‘Joget Ngatika Diri’ (Ester Jeffery), ‘Dara’ (Jeft Rogos), ‘Bujang Meligai Keling’ (Angela Ryann), ‘Sanggup Nganti’ (Roxanne Lee) dan ‘Danji Tua’ (Angela Ryann dan Isa Lee).

Rakaman bagi klip video lagu ‘Sanggup Nganti’ oleh Roxanne dibuat di sekitar Bandar Raya Kuching termasuk Hotel Marian dan perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama Petra Jaya.

Proses penggambaran klip video tersebut turut disertai oleh Penerbit Eksekutif Lee Ramos, Reaza Ray, pemuzik Cami Tam dan kedua ibu bapa Roxanne sendiri.

Isa dalam pada itu yang sedang sibuk mempromosikan lagu solonya, ‘Tubai Pengerindu’ berharap peminat akan memberi sokongan kepada album yang bakal diterbitkan ini tidak lama lagi.

  • oleh
  • Advertisement