Anda di sini

Polis cedera dilibas penagih

Advertisement
HARIS
HARIS

PENAMPANG: Akibat dilibas senjata tajam semasa menjalankan operasi membanteras dadah di kawasan setinggan, seorang anggota polis menerima lima jahitan di bahagian siku kiri pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama pasukan pelbagai cawangan menyerbu sebuah rumah dipercayai terbabit aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Kejadian jam 4.45 pagi itu berlaku apabila suspek warga asing berumur 48 tahun itu bertindak melarikan diri apabila pasukan serbuan mengepung salah sebuah rumah di kawasan setinggan itu.

"Semasa pihak polis berusaha untuk menghalang tindakannya, suspek bertindak agresif dengan melibaskan sebilah parang panjang ke arah anggota polis itu menyebabkan mangsa menghalangnya secara spontan menggunakan tangan," katanya.

Menurutnya libasan terbabit menyebabkan siku sebelah kiri mengalami kecederaan dan terpaksa menerima lima jahitan di tangannya.

"Suspek yang positif dadah bagaimanapun berjaya ditahan dan kita berjaya merampas syabu seberat 5.28 gram," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam.

  • oleh
  • Advertisement