Anda di sini

Samseng jalanan pecah cermin kereta diberkas polis

Advertisement
 Azman (duduk, tengah) semasa bercakap pada sidang media.
Azman (duduk, tengah) semasa bercakap pada sidang media.

KUCHING: Kurang 24 jam seorang lelaki yang berlagak samseng di jalan menuju ke Kota Sentosa, di sini berjaya ditangkap polis di sebuah rumah di Kampung Lidah Tanah, Bau dekat sini malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata suspek berusia 29 tahun itu ditangkap sekitar pukul 9:00 malam selepas satu laporan dibuat oleh mangsa iaitu seorang wanita berusia 43 tahun.

“Kejadian berlaku sekitar jam 10.50 pagi apabila suspek memotong kereta mangsa dan berlaku perkara yang tidak memuaskan hati mangsa menyebabkan dia terus mengekorinya sambil menekan hon sehinggalah berlaku perkara yang ditular.

“Tindakan agresif suspek sangat melampau sehingga menyebabkan kerosakkan pada kereta mangsa,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi.

“Selain itu,  dalam hal ini kita turut melihat dari perspektif keganasan suspek terhadap seorang wanita,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seskyen 506, 427 Kanun Keseksaan selain kesalahan dibawah akta trafik.

“Suspek juga akan dibawa untuk menjalani ujian air kencing serta akan dipohon reman pada hari ini,” katanya lagi.

Dalam satu video berdurasi 1 minit 11 saat yang diviralkan di laman sosial didapati suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan pisau pemotong daging.

Selain itu, suspek turut bertindak melanggar pintu kereta mangsa sehingga menyebabkan kerosakan sebelum beredar dari tempat kejadian.

  • oleh
  • Advertisement