Anda di sini

Rempuhan maut kereta api

Advertisement
 Anggota bomba mengalihkan kereta yang dirempuh kereta api dekat Petagas, petang semalam. — Gambar Bernama
IMPAK KUAT: Anggota bomba mengalihkan kereta yang dirempuh kereta api dekat Petagas, petang semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Salah seorang daripada dua mangsa yang cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh dan diseret sebuah kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini semalam meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Mangsa yang dikenali sebagai Daniel Shafwan Omar, 21, meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan selepas tersepit di dalam kereta berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden George Abdul Rakman ketika dihubungi berkata, impak rempuhan itu mengakibatkan kereta dinaiki mangsa terseret sejauh kira-kira 100 meter.

“Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati, mangsa yang memandu dari Tugu Peringatan Petagas menuju keluar ke jalan besar (Jalan Kepayan).

“Apabila mangsa tiba di laluan kereta api itu, palang penghadang kereta api melintas tidak dipasang, mangsa dipercayai tidak menyedari kereta api sedang melintas,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang yang duduk sebelah pemandu, manakala pemandu kenderaan itu cedera parah dan masih menerima rawatan di hospital. — Bernama

Advertisement