Anda di sini

Penunggang parah, dua motosikal bertembung

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamatkan penunggang motosikal selepas kemalangan di Jalan Sulaman.
ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamatkan penunggang motosikal selepas kemalangan di Jalan Sulaman.

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sulaman berhadapan taman perumahan di sini petang Rabu.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ngo Avan berkata sebaik menerima panggilan jam 6.32 petang, pihaknya menggegaskan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer.

"Anggota segera melakukan operasi menyelamatkan mangsa kemalangan dan salah seorang penunggang berumur 26 tahun parah manakala seorang lagi penunggang hanya mengalami kecederaan kecil.

"Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Menurutnya operasi ditamatkan jam 9.08 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement