Anda di sini

Bapa maut selepas hantar anak ke sekolah

Advertisement
MANGSA kemalangan di lokasi kejadian.
MANGSA kemalangan di lokasi kejadian.

LAHAD DATU: Seorang bapa maut selepas menghantar anaknya ke sekolah apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori di Jalan Kastam, di sini pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 38 tahun itu dipercayai hendak ke seberang jalan untuk berjumpa keluarganya di kawasan berdekatan.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor ketika dihubungi di sini hari ini.

"Motosikal mangsa dipercayai dilanggar lori dan mangsa mengalami kecederaan parah," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil menyalurkan maklumat lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement