Anda di sini

Agensi kerajaan, swasta dipelawa sertai ‘Business Excellence Exposition 2018’

Advertisement
 Workshop On Effective Communication For Business Excellence 2018’ pada satu majlis di Kuching, semalam.
TERIMA KASIH: Abang Abdul Karim menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Azmawani Abdul Rahman selaku penceramah pada program ‘IN-101: Workshop On Effective Communication For Business Excellence 2018’ pada satu majlis di Kuching, semalam.

KUCHING: Agensi kerajaan dan swasta di Sarawak dipelawa menyertai persidangan ‘Business Excellence Exposition 2018’ anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 24 dan 25 Oktober depan.

Ahli Lembaga Pengarah MPC Wilayah Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg berkata, tujuan persidangan itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada organisasi terbabit mempraktikkan amalan operasi semasa dan menyelaraskannya dengan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF).

Selain itu katanya, ia bertujuan berkongsikan amalan terbaik dalam perjalanan transformasi ke arah kecemerlangan mampan dan meningkatkan lagi peluang rangkain perniagaan dalam kalangan mereka.

“Justeru, kita menyasarkan seramai 200 peserta  daripada agensi kerajaan dan swasta akan menyertai persidangan ini dengan kumpulan sasarannya terdiri daripada kalangan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, ahli akademik, pengamal kecemerlangan perniagaan dan sebagainya dari dalam dan luar negara.

“Tetamu kehormat yang dijangka akan merasmikan persidangan ini ialah Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamboh,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program ‘IN-101: Workshop On Effective Communication For Business Excellence 2018’ yang disertai sektor kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Abang Abdul Karim menambah, persidangan itu akan merangkumi banyak acara temasuk pameran perniagaan, pembentangan ucaptama daripada penceramah dari dalam dan luar negara serta sesi perbincangan bersama ahli panel.

“Sebanyak 11 penceramah yang diiktiraf dalam bidang kecemerlangan perniagaan, pakar industri dan pengamal terkemuka akan terlibat dalam persidangan selama dua hari ini,” katanya.

Untuk yang berminat menghadiri persidangan tersebut, mereka disaran menghubungi pejabat MPC Wilayah Sarawak di talian 082-439959 atau 082-439969, tambah beliau.

Terdahulu, Abang Abdul Karim dalam ucapannya pada majlis perasmian program ‘IN-101: Workshop On Effective Communication For Business Excellence 2018’ menggesa lebih banyak organisasi di Sarawak menyertai perjalanan kecemerlangan organisasi yang telah disediakan MPC Wilayah Sarawak.

“Saya difahamkan bahawa MPC Wilayah Sarawak telah memperkenalkan pakej perjalanan kecemerlangan organisasi mulai tahun 2017 dan ia telah ditambah baik tahun ini. Sehingga kini, sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya.

Menurutnya, ia adalah selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak yang fokus kepada ekonomi digital.

Sehubungan itu, beliau menyokong langkah MPC Wilayah Sarawak menganjurkan program-program  bagi melahirkan lebih banyak organisasi cemerlang di Sarawak.

Advertisement