Anda di sini

Tujuh wanita Filipina dicekup dalam Ops Noda

Advertisement
 Pasukan D7 IPD Sibu menyerbu sebuah pusat hiburan di Sibu petang kelmarin.
SERBU: Pasukan D7 IPD Sibu menyerbu sebuah pusat hiburan di Sibu petang kelmarin.

SIBU: Tujuh wanita warga Filipina ditangkap dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan dan pusat urut di sini kerana bekerja tanpa permit.

Serbuan pada jam 5.03 petang kelmarin diketuai Inspektor Hairul Hussin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mereka yang ditahan  berumur antara 22 dan 38 tahun dikatakan tiba di bandar ini dalam dua kumpulan iaitu pada 14 Ogos dan 7 September lalu.

“Kesemua mereka mengakui bahawa mereka telah bekerja sebuah pusat hiburan dan pusat refleksologi terbabit sejak tiba di sini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Menurutnya lagi, wanita asing terbabit bekerja sebagai penyanyi di pusat hiburan dan tukang urut di pusat refleksologi.

Kes itu katanya, sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 15 (1)(c) akta yang sama 1959/63.

“Kesemua wanita asing tersebut dimasukkan ke dalam lokap untuk tindakan lanjutnya,” tambah Stanley.

Advertisement