Anda di sini

Tiket suku akhir Piala Malaysia mula dijual pada Jumaat

Advertisement
SAMSUDDIN.
SAMSUDDIN.

KOTA KINABALU: Sebanyak 22,000 tiket akan dijual selama dua hari bagi menyaksikan perlawanan Sabah menentang Kelantan pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas pada Sabtu ini (29 September).

Pengerusi Jawatankuasa Pintu dan Tiket, Samsuddin Mohd Shah berkata, harga tiket masih kekal iaitu RM20 untuk kawasan tempat duduk berbumbung dan RM10 bagi kawasan tempat duduk terbuka.

Katanya, tiket akan mula dijual sehari sebelum perlawanan di kaunter menjual tiket di Stadium Likas bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada Jumaat (28 September).

"Sebanyak 10,000 keping tiket akan dijual pada hari pertama manakala baki 12,000 keping tiket lagi akan dijual pada hari perlawanan bermula jam 9.30 pagi.

"Setiap orang hanya dibenarkan membeli maksima 10 keping tiket sahaja," kata Samsuddin dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata tempoh penjualan tiket itu adalah bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya dan stadium.

Sehubungan dengan itu beliau berharap tempoh itu dapat dimanfaatkan peminat untuk membeli tiket.
 

  • oleh
  • Advertisement