Anda di sini

Sumardi sah perkuat jentera PSC

Advertisement
SUMARDI Hajalan (kanan) yang mempunyai 33 cap bersama pasukan kebangsaan ketika beraksi bersama skuad kendalian B. Sathianathan.
SUMARDI Hajalan (kanan) yang mempunyai 33 cap bersama pasukan kebangsaan ketika beraksi bersama skuad kendalian B. Sathianathan.

KOTA KINABALU: Pasukan PSC akan mendapat khidmat bekas pemain kebangsaan yang mempunyai 33 cap bersama pasukan kebangsaan iaitu Sumardi Hajalan yang akan beraksi untuk pasukan itu pada petang esok (Khamis).

Sumardi yang kini berkhidmat di Jabatan Tanah dan Ukur Sabah akan beraksi julung kalinya bersama pasukan PSC.

Beliau sebelum ini pernah menabur bakti bersama pasukan Johor FC, Perlis, Negeri Sembilan dan pasukan Sabah.

Pastinya kehadiran beliau dalam pasukan akan memberikan suntikan motivasi kepada para pemain muda yang lain dalam pasukan PSC.

Perlawanan pada petang ini juga merupakan medan pemilihan pemain untuk menghadapi kejohanan empat penjuru di Kuala Lumpur Oktober depan dan legenda bolasepak negara dan negeri Matlan Marjan juga turut dijemput untuk beraksi pada perlawanan ini.

Matlan merupakan pemain yang paling lama beraksi bersama pasukan PSC sejak tahun 1989 lagi.

BEBERAPA pemain daripada pasukan Putera Impian FC belum pasti akan mendapat tempat untuk beraksi bersama pasukan PSC di KL nanti.
BEBERAPA pemain daripada pasukan Putera Impian FC belum pasti akan mendapat tempat untuk beraksi bersama pasukan PSC di KL nanti.

Dalam pada itu, perlawanan petang ini merupakan antara persiapan terakhir pasukan Psc yang akan ke Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Kemungkinan besar pemain yang beraksi petang ini akan beraksi di KL nanti sambil dibantu oleh beberapa orang pemain dari Semenanjung iaitu legenda bolasepak negara yang pernah memegang rekod selaku pemain termahal Liga Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Azman Adnan dan beberapa orang artis terkenal tanah air seperti Roy Azman, Kazar Siasih dan ramai lagi.

Advertisement