Anda di sini

Polis Texas ‘berkelakuan buruk’ dipecat

Advertisement

CHICAGO: Polis kulit putih Texas yang menembak mati seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata di dalam apartmennya sendiri selepas mendakwa dia tersilap menganggap ia sebagai biliknya telah dipecat kelmarin kerana “kelakuan buruk”, kata Jabatan Polis Dallas.

Kejadian tembakan telah mencetuskan bantahan dan menjadi lambang kontroversi kekejaman polis berbaur perkauman yang telah menghantui Amerika Syarikat (AS), ketika kritikan menyelubungi tentang cara pihak penyiasat menguruskan kes.

Ketua Polis U. Renee Hall telah memecat pegawai Amber Guyger semasa satu perbicaraan pentadbiran.

Wanita berusia 30 tahun itu telah didakwa dengan pembunuhan secara tidak sengaja kerana membunuh Botham Shem Jean, seorang pendatang dari negara Saint Lucia di Caribbean.

“Satu siasatan Hal Ehwal Dalaman memutuskan bahawa... (Guyger) terlibat dalam berkelakuan buruk ketika dia ditangkap kerana membunuh,” menurut jabatan tersebut.

“Pegawai Guyger telah dipecat bagi tindakannya.”

Guyger memberitahu pe-nyiasat bahawa dia tersilap berjalan masuk ke dalam apartmen lelaki berusia 26 tahun itu, satu tingkat di atas apartmennya, ketika dia pulang ke rumah selepas bekerja pada petang 9 September.

GUYGER
GUYGER

Dia telah melepaskan dua das tembakan selepas satu bayangan seseorang yang tidak memberikan respons kepada arahan secara lisan, menurut polis.

Peguam keluarga Jean, Lee Merritt dan Ben Crump menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ketua polis telah memaklumkan keluarga tersebut pada hari Ahad mengenai pemecatan itu, menjelaskan bahawa ia telah ditangguhkan kerana kebimbangan bahawa tindakan terlebih awal mungkin akan “menjejaskan pendakwaan jenayah”.

“Kami melihat ia sebagai satu kemenangan awal – diterima dengan baik pada hari Botham Jean dikebumikan di negara asalnya,” menurut peguamnya.

Mereka menambah bahawa keluarga mangsa mahu anggota polis itu berdepan: satu  pertuduhan membunuh yang sepatutnya” dan mengesah-kan semula bahawa mereka sedang menyediakan satu tuntutan saman kematian secara sengaja terhadap Guyger dan bandar Dallas.

Terdapat juga kritikan terhadap laporan media bahawa pihak polis telah menemui ganja di dalam apartmen Jean.

Organization of Eastern Caribbean States telah menyertai kelmarin, menyata-kan mereka berasa “kecewa dengan cubaan keji oleh segelintir pihak yang cuba untuk memburukkan Botham Shem Jean.”

“Ia adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa Botham Shem Jean telah ditembak dan dibunuh ketika berada dalam kawasan dan ketenangan rumahnya sediri,” menurut OECS dalam satu kenyataan.

Jean telah berhijrah dari Saint Lucia untuk menghadiri sebuah kolej swasta Kristian di Arkansas. Beliau telah be-kerja dalam firma perakaunan PwC, juga dikenali sebagai PricewaterhouseCoopers, di Dallas.  

Advertisement