Anda di sini

Polis tahan pelindung, 14 PTI

Advertisement
ANGGOTA polis semasa memeriksa dokumen salah seorang pekerja pembinaan.
ANGGOTA polis semasa memeriksa dokumen salah seorang pekerja pembinaan.

KOTA BELUD: Polis menahan seorang lelaki yang bersubahat melindungi pekerja tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam satu operasi khas pendatang tanpa izin (PTI), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek yang ditahan berumur 20 tahun dan berasal dari Kampung Kabulu Paitan, Beluran.

"Dalam operasi sama, pasukan serbuan turut menahan 14 lagi PTI di beberapa lokasi termasuk rumah kongsi Safoda di Kampung Sarang Dudar, tapak pembinaan rumah Kampung Bangkahak dan pembinaan bangunan sarang burung di Kampung Kawang 2.

"Kesemua suspek yang ditahan dalam operasi selama empat jam setengah itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk proses dokumentasi," katanya.

Menurutnya tumpuan operasi kali ini dijalankan di sekitar kawasan ladang dan tapak pembinaan berikutan kehadiran PTI berisiko kepada kegiatan jenayah di daerah ini.

  • oleh
  • Advertisement