Anda di sini

PM New Zealand bawa bayi ke perhimpunan PBB

Advertisement
 Ardern mencium bayinya sebelum bercakap pada Persidangan Damai Nelson Mandela semasa Perhimpunan Agung PBB ke-73 di New York kelmarin. — Gambar Reuters
KASIH IBU: Ardern mencium bayinya sebelum bercakap pada Persidangan Damai Nelson Mandela semasa Perhimpunan Agung PBB ke-73 di New York kelmarin. — Gambar Reuters

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Perdana Menteri New Zealand, yang menjadi terkenal di peringkat antarabangsa kerana melahirkan anak ketika memegang jawatan, berasa bangga kelmarin de-ngan membawa anak perempuannya berusia tiga bulan ke dewan perhimpunan PBB.

Jacinda Ardern, 38, merupakan pemimpin dunia kedua yang melahirkan anak ketika masih memegang jawatannya. Orang pertama adalah Benazir Bhutto, yang menjadi perdana menteri Pakistan ketika anak perempuannya dilahirkan pada 1990.

Perdana menteri itu telah dirakamkan mencium dan mengagah-agah anak perempuannnya Neve di dewan perhimpunan utama bersebelahan dengan pasangan-nya Clarke Gayford, pada mesyuarat lengkap dikenali sebagai Persidangan Damai Nelson Mandela di mana beliau turut berucap.

Gayford, yang merupakan pengacara rancangan memancing di televisyen dan merancang untuk menjadi penjaga utama untuk anak perempuan mereka, menghantar dalam Twitter sekeping gambar ID diplomatik PBB untuk bayi itu yang menunjukkan dia sebagai “bayi pertama New Zealand”.

“Saya berharap saya boleh merakamkan wajah terkejut seorang delegasi Jepun di dalam PBB semalam yang berjalan masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat di te-ngah-tengah proses menukar lampin,” tulis beliau.

Ardern menjadi perdana menteri pada Oktober hanya tiga bulan selepas mengambil alih Parti Buruh ketika ia menjadi lemah dalam pilihan raya. Beliau kembali be-kerja pada bulan lepas selepas cuti bersalin selama enam minggu.

Beliau telah mengumumkan bahawa mereka akan pergi sebagai satu keluarga ke PBB di New York, di mana beliau akan berucap pada Perhimpunan Agung. Pada awal kelmarin, beliau telah bercakap semasa pelancaran acara tahunan “Climate Week”.

Kehamilan, menjadi ibu dan kerajaan pakatan beliau telah menjadikan beliau sebagai contoh bagi feminis dengan latar belakang untuk pergera-kan #MeToo di Amerika Syarikat, di mana beliau telah mengambil bahagian dalam satu siri kemunculan media.

“Saya perlu kata ia rasa-nya pada masa itu adalah setara!”... beliau bergurau dalam program utama pagi ‘The Today Show’ dalam NBC News, ketika ditanya apa yang lebih sukar – membawa seorang bayi berusia tiga bulan dalam penerbangan selama 17 jam atau meng-uruskan negara. — AFP

Advertisement