Anda di sini

Pentagon laraskan taktik di Afghanistan

Advertisement
 Mattis ketika ditemu bual oleh wartawan di Pentagon, Washington                       kelmarin. — Gambar AFP
TEMU BUAL: Mattis ketika ditemu bual oleh wartawan di Pentagon, Washington kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Jim Mattis berkata tentera Amerika Syarikat (AS) sedang melaraskan taktik di Afghanistan ketika Taliban terus menyebabkan kemalangan jiwa yang berat terhadap pasukan tentera tempatan.

Pihak Taliban telah membunuh beratus-ratus tentera dan polis Afghan setiap bulan. Akhbar The New York Times berkata angka kematian tersebut telah menjadikan ia lebih sukar untuk merekrut anggota tentera baharu.

“Setakat ini, mereka mengalami kemalangan jiwa yang teruk sejak tahun lepas,” Mattis memberitahu wartawan di Pentagon.

“Namun mereka telah terus berjuang, dan kami sedang melaraskan taktik. Kami sedang membawa lebih banyak bantuan ke beberapa kawasan tertentu,” tambah beliau, menolak untuk mengulas lebih lanjut.

Pada peringkat keganasan secara keseluruhan – turut melibatkan anggota tentera dan penduduk – konflik Afghan akan mengatasi Syria sebagai konflik paling ber-bahaya di dunnia pada tahun ini, menurut penganalisis.

Penilaian mengerikan mencadangkan strategi Presiden Donald Trump untuk Afghanistan adalah – se-perti yang dilakukan oleh pe-mimpin sebelumnya – gagal untuk mengubah keadaan dalam peperangan. — AFP

Advertisement